Sejarah & Amalan Sunat Hari Asyura (10 Muharram)

Kredit: OwhSoMuslim.com
Assalamualaikum warahmatullah.

Sabtu ini merupakan hari yang bersejarah bagi umat Islam, iaitu Hari Asyura. Nabi Muhammad S.A.W melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila Baginda berhijrah ke Madinah, Baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura. Jadi, untuk membezakan antara puasa umat Islam & kaum Yahudi, baginda menggalakkan umatnya untuk berpuasa secara berapit - dengan berpuasa bersama sehari sebelum atau sehari selepas 10 Muharram.


Antara perkara-perkara besar yang berlaku di 10 Muharram ialah:
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke syurga ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh kaum Syiah Kufah, dan mereka kemudiannya memfitnah Khalifah Yazid ra dari Bani Umaiyah membunuh Saiyiduna Hussain ra. Fitnah ini digembar gemburkan oleh kaum Syiah, dan mereka mengelirukan umat manusia dengan menyambut hari Asyura dengan 'pesta menyakiti diri' konon sebagai tanda kesal diatas kewafatan Saiyiduna Hussain ra.

Selain puasa sunat, perkara-perkara sunat lain yang boleh dilakukan pada hari Asyura ialah:

  1. Melapangkan masa / belanja anak dan isteri. Berbelanja lebih sedikit daripada biasa. Asalkan tidak membazir.
  2. Memuliakan fakir miskin
  3. Menahan marah
  4. Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
  5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim. Caranya dengan menghormati, menggembirakan dan memuliakan mereka.
  6. Bersedekah
  7. Memelihara kehormatan diri
  8. Mandi Sunat. Lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak
  10. Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
  11. Solat sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa.


Semoga kita dapat amalkan amalan-amalan sunat di atas dengan rasa rendah diri & menghambakan diri kepada Allah. Beramal kepada Allah kerana kehambaan kita, bukan kerana fadhilatnya, kerana itulah sebaik-baik amalan.

Anda suka blog saya? Sokonglah blog saya dengan klik pada iklan di laman blog ini! Terima kasih.

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca