8 Makna Kebahagiaan Di Dunia

Assalamualaikum semua.

Untuk perkongsian kuliah Asar hari ini, Ustaz Faris telah berkongsi ilmu tentang makna kebahagiaan di dunia.

Selalu kita baca doa ini selepas solat, ataupun dalam apa-apa majlis sekali pun:
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka" (Al-Baqarah : 201)
Jadi, apa makna "رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً "ini?

Menurut Tafsir Al-Azhar, Tafsir Ibnu Kathir dan Tafsir Al-Baghowi, ada 8 makna ayat "Hasanah fi dunya" atau kebahagiaan di dunia ini. Hari ini, Ustaz Faris telah kongsikan 5 makna sahaja. Selebihnya akan disambung di dalam kuliah yang akan datang.

Makna kebahagiaan di dunia tersebut ialah:
  1. Mendapat rezeki yang banyak (dan halal)
  2. Mendapat isteri (atau isteri-isteri) dan anak-anak yang soleh dan solehah.
  3. Mendapat pengiktirafan yang baik daripada manusia.
  4. Mendapat kepuasan dalam melakukan semua perkara (yang baik-baik sahaja ye).
  5. Mudah melakukan ibadah kepada Allah.
Insha-Allah, nanti saya akan kongsikan lagi 3 makna kebahagiaan di dunia dalam entri yang akan datang.

Wallahu'alam...

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca