SEO For Dummies: Keywords, Backlinks & Reciprocal Links

"Apa makna SEO nih?"

SEO bermaksud "Search Engine Optimization".


seo, search engine optimization

Matlamat SEO ini ialah untuk menaikkan ranking website/blog kita setinggi yang boleh di Google/Yahoo Search atau mana2 search engine yang kita gunakan. Bila dah berada di ranking tertinggi, kebarangkalian untuk orang pergi ke laman kita akan menjadi tinggi juga!

seo, farid adam
Carian "Farid Adam" di tangga pertama

Ada 3 asas trafik untuk SEO:



1) "Keywords"
- bermaksud kata kunci yang selalu pengguna internet guna ketika membuat searching.
- boleh jadi ia mempunyai satu kata perkataan ataupun beberapa perkataan ataupun frasa eg. "macam mana nak buat telur mata kerbau"
- setiap kali url website/blog kita diklik untuk sesuatu keyword, maka ranking kita untuk keyword tersebut akan meningkat dan lama kelamaan url website/blog kita akan berada di muka pertama search result untuk keyword tersebut.

seo, pelaburan tabung haji
Blog saya di 3 tangga teratas untuk carian "tambah pelaburan tabung haji"

2) "Backlink"
- bermaksud link yang ditinggalkan di website/blog lain yang boleh menarik pengunjung laman tersebut untuk pergi ke website/blog kita.
- pastikan content website/blog anda very insightful supaya ia dapat menarik search engine dan juga pemilik website/blog lain untuk memasukkan link website/blog anda dalam listing mereka.
- contoh terbaik - Wikipedia. Kenapa? Sebab ramai orang quote laman tersebut sebagai sumber untuk content mereka. Macam saya, saya selalu guna wikipedia untuk mencari movie info atau biodata seseorang seperti Psy (penyanyi Gangnam Style tu) dan The Hobbit.

3) "Reciprocal Link"
- bermaksud membuat pautan ke link lain yang mempunyai pengisian yang hampir sama dalam website/blog kita.
- teknik yang mudah untuk menaikkan ranking SEO kerana menggalakkan pengujung website/blog kita untuk terus melayari website/blog kita.
- widget yang boleh digunakan untuk teknik ini ialah LinkWithin

Itulah 3 asas trafik untuk SEO. Harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.





Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca