Piala AFF Suzuki 2012 - Malaysia vs Thailand (2nd Leg)

aff suzuki cup 2012
AFF Suzuki Cup
Kredit: Sport.Detik.com

Assalamualaikum semua...

Tamatlah sudah perjuangan skuad Harimau Malaya apabila tumpas 0-2 kepada skuad Gajah Putih di Stadium Supachalasai, Bangkok malam tadi.

Dengan kekalahan tersebut, skuad Thailand mara ke perlawanan akhir dengan agreget 3-1 selepas seri dengan skuad Harimau Malaya dengan jaringan 1-1 di Kuala Lumpur.

Thailand akan bertemu Singapura pada perlawanan akhir yang berlangsung Rabu depan (Stadium Jalan Besar) dan Ahad depan (Stadium Supachalasai)

malaysia vs thailand
Keputusan Perlawanan Antara Skuad Harimau Malaya Dengan Thailand

Ulasan saya tentang perlawanan malam tadi:

  1. REFEREE LEE MIN YU BIAS!! Geram betul! Mana taknya?! Pemain Malaysia dapat 2 kad kuning dalam tempoh masa 15-20 minit pertama perlawanan. Tambahan pulak, 2 kad kuning tersebut diberikan atas kekasaran kali pertama!
    referee lee min yu, malaysia vs thailand
    Maaf Ref. Bukan Saya Saja Yang Merasa Begitu
    (gambar ini diambil dari internet, bukan saya yang edit)
  2. Penguasaan permainan agak seimbang pada 30 minit yang pertama. Saling berbalas serangan, namun skuad Thailand lebih banyak menguasai perlawanan selepas itu.
  3. Di separuh masa kedua, ketempangan jelas terlihat apabila bermain dengan 10 orang. Tambahan pula bila coach K.Rajagobal tidak memasukkan pemain pertahanan di separuh masa kedua selepas ketiadaan Fadhli Shas. Dengan menggandingkan Amar Rohidan bersama Aidil Zafuan, barisan pertahanan tampak goyah.
    fadhli shas, referee lee min yu, malaysia vs thailand
    Fadhli Shas Menerima Kad Merah Dari Referee Lee Min Yu
  4. Ketiadaan Wan Zack Haikal & Shakir Shaari akibat kecederaan jelas mengganggu rentak permainan skuad negara.
    wan zack haikal, malaysia vs thailand
    Ketiadaan Wan Zack Haikal Amat Dirasai Oleh Skuad Harimau Malaya
  5. Peranan Norshahrul Idlan (Mat Yo) sebagai lone-striker jelas tenggelam, lebih-lebih lagi bila beliau jarang mendapat bola dari bahagian tengah. Hantaran bola tinggi ke depan jelas tidak berkesan ketika melakukan serangan. Kemasukan Safee Sali pada 20 minit terakhir perlawanan tidak dapat memberi kesan yang besar kepada barisan serangan pasukan negara.
    safee sali, malaysia vs thailand
    Kemasukan Safee Sali Tidak Memberi Impak Besar Kepada Corak Permainan  Skuad Harimau Malaya
Apa-apa pun, saya ucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya yang menunjukkan semangat juang yang tinggi, walaupun masalah kecederaan menimpa skuad negara. Tahniah juga kepada coach K.Rajagobal yang telah membimbing skuad negara hingga ke tahap ini. Diharap agar coach K.Rajagobal dapat dikekalkan supaya rentak persembahan & taktik yang telah diserapkan  tidak akan terganggu andai kata pihak pengurusan FAM ingin membuat rombakan kepada barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya.


Rating saya untuk team Harimau Malaya:
  • Farizal Marlias - 6
  • Mahali Jasuli - 6
  • Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak - 6
  • Mohd Fadhli Mohd Shas - 5
  • Mohd Bunyamin Omar - 5
  • Azamuddin Mohd Akil - 6
  • S. Kunanlan - 5
  • Amar Rohidan - 6
  • Baddrol Bakhtiar - 6
  • Safiq Rahim -6
  • Norshahrul Idlan Talaha - 6

  • Mohd Khyril Muhymeen Zambri -5
  • Mohd Faisal Muhammad - 5
  • Safee Sali - 5

harimau malaya
Harimau Malaya...Tetap Di Hatiku!
Kredit: DenaiHati.com



Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca