Apa "Exit Strategy" Dalam Pelaburan Korang?

Assalamualaikum semua...

Banyak betul jawapan yang diberikan untuk entri nih semalam. Ada yang kata tengah berpiket lah, tunggu bonus la, tunggu durian lah...kreatif betul ye korang. Bro Anif jugak yang betul - kitorang ada fire drill exercise semalam, di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur yang sesak tu!
fire drill
Letih tu menapak turun ke bawah~!!

fire drill
Saya bersama Abang Jalal Kompang

Nih baru first time bangunan Bank Islam yang baru tu adakan fire drill exercise. Every year, setiap owner bangunan wajib adakan fire drill exercise. Kalau tak, tak comply dengan requirement yang diberikan oleh Bomba. Every year, pihak Bomba akan buat inspection kepada setiap bangunan, especially yang tinggi-tinggi nih supaya setiap aspek keselamatan di bangunan tersebut dapat dipenuhi...

"STOP!"

"Apa pulak kaitannya dengan pelaburan ni???"


Haaa, ni yang saya nak share dengan korang....

exit strategy, pelaburan hartanah
Kredit: FlexJobs.com
Korang mesti perasan yang setiap bangunan ada pintu kecemasan - yang ada papan notis "Exit / Keluar" tuuu. Jadi, bila setiap kali something happen to the building, semua orang akan gunakan pintu ini untuk keluar dari bangunan tersebut, walaupun ada banyak lif. Kenapa? Haa, ini untuk mengelakkan daripada perkara yang lebih teruk berlaku seperti terperangkap dalam lif dan sebagainya.

Begitu jugak halnya dalam pelaburan. Kita jangan ingat yang setiap pelaburan kita akan sentiasa dalam keadaan stabil & akan mendapat untung saja. Ada masanya, pelaburan kita akan juga jatuh mencecah ke bumi!

Pelabur yang bagus akan sentiasa ada jalan untuk keluar, baik ketika rugi mahupun ketika untung. Masuk cukup cuma satu pintu, tetapi untuk keluar mesti ada banyak pintu. Malangnya, ramai dari kita hanya berminat mahu tahu yang mana satu pintu masuk tetapi pintu keluar langsung tidak mahu ambil tahu.

Jangan beli beli dan beli sahaja tetapi tidak tahu bagaimana untuk jual.

Kesimpulan - "Exit Strategy" adalah lebih penting dari "Entry Strategy". Semua orang boleh beli, tetapi bukan semua orang boleh beli dan jual semula dengan keuntungan.

exit strategy, pelaburan hartanah
Semestinya, ia bukan salah satu daripada 'Exit Strategy' korang
Kredit: The Travelin' Librarian

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca