Bila Melabur Hartanah, Kena Ada Pekerja!

Di sebalik kejayaan korang, ada orang lain yang membantu di belakang tabir
Kredit: VersionOne.com

“Aik, dalam pelaburan hartanah pun kene ada pekerja jugak ke?”

Eh, mesti lah kena ada. Rumah yang korang beli mahal-mahal nih takkan la takde pekerja yang akan jaga rumah korang nih. Lebih-lebih lagi kalau korang ada banyak rumah. Lagi la ramai korang kene hire pekerja!

3 golongan di bawah ni merupakan 'para pekerja' korang:
  1. Penyewa – ni la pekerja korang yang paling kene korang jaga dengan baik. Tanpa diorang, korang tak dapat duit. Sapa yang nak bayarkan installment rumah & maintenance fee rumah korang kalau tak bukan diorang ni semua.
  2. Repairman/wireman/maintenance officer – pekerja ni pulak diperlukan semasa dalam keadaan kecemasan. No telefon diorang mesti korang kene ada supaya pekerja no 1 tak marah-marah kat korang. Dapat aduan je, terus call diorang nih. Insha-Allah, tidur malam korang akan lena dengan bantuan diorang nih.
  3. Agen hartanah – pekerja ni pulak tak wajib kene ada, tapi diorang akan memudahkan korang dalam urusan mencari pekerja no 1. Jimat masa, jimat tenaga. Tau-tau dah ada penyewa nak masuk rumah korang.
p/s: ada lagi ke yang tertinggal???

4 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca