Bila Sakit Anak Susah Nak Sembuh

Assalamualaikum semua...

Dah 2 minggu lebih dah anak saya - Balqis ni mengalami penyakit batuk berkahak. Dah 3 botol ubat batuk yang diambil dari klinik habis diminum, but still tak surut-surut jugak.

Poliklinik An-Nur Bandar Tun Hussein Onn
Poliklinik An-Nur

Hari ni dah hari kedua berturut -turut saya bawak Balqis ke Poliklinik An-Nur Bandar Tun Hussein Onn untuk dapatkan nebulizer untuk legakan batuk berkahaknya tu. Semalam, lepas dapatkan nebulizer tu, batuknya berkurangan sikit. Tapi, bila time makan ubat, dia buat hal dia. Macam anak orang lain jugak - menangis, berlari ke sana ke mari, tekup mulut dengan tangan dia. At last, batuk berkahaknya datang semula.

balqis dan nebulizer
Balqis tengah amek nebulizer...sian tengok dia

Saya mintak doktor buatkan surat recommendation untuk masuk ke Hospital Pantai. Saya rasa memang dah terpaksa masukkan dia ke hospital sebab dah lama sangat batuknya tu tak surut-surut. Takut akan ada side-effect lain kalau dibiarkan berlarutan. Lagipun penjagaannya lebih rapi dan Balqis takkan buat hal kalau doktor atau nurse yang bagikan ubat!

Doakan agar segalanya berjalan dengan lancar. Doakan juga agar penyakit batuk berkahak Balqis ni dapat sembuh sepenuhnya sebelum buka sekolah ni nanti. Ameen....

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca