Definisi Saya Tentang Jutawan Hartanah

Masing-masing ada definisi tersendiri apabila kita bercerita tentang "Jutawan Hartanah". Bagi saya, definisi Jutawan Hartanah ialah seseorang yang mempunyai satu atau beberapa hartanah yang bernilai lebih dari RM1 juta. Orang yang mempunyai sebuah rumah banglo yang bernilai RM1.5 juta boleh dikatakan sebagai jutawan hartanah. Orang yang mempunyai 10 rumah apartment yang setiap satunya bernilai RM100k juga boleh dikatakan sebagai jutawan hartanah.

"Tapi bang, orang kata bila ada duit cash lebih 1 juta, baru boleh dikira sebagai jutawan hartanah!"

Macam yang saya cakap kat atas, ikut pada definisi masing-masing. Memang betul, kalau rumah banyak macam mana pun, tapi dalam poket ada RM10, takkan kita nak kata kita nih jutawan hartanah kan?

jutawan hartanah, pelaburan hartanah
Jutawan hartanah sentiasa meletakkan hartanah di tangan, bukan di hati...
Tapi, bagi seorang jutawan hartanah yang juga seorang pelabur, dia tidak berfikir apa yang dia ada pada masa sekarang. Macam yang kita tahu, nilai RM10 sekarang tidak akan sama dengan nilai RM10 pada masa akan datang. Jadi, seorang pelabur sentiasa akan fikirkan bagaimana dia boleh menukarkan wang yang dia ada sekarang kepada sesuatu barangan yang tidak akan susut nilainya di masa akan datang. Sebab tu, saya tak gunakan definisi jutawan hartanah sebagai orang yang mempunyai wang lebih dari 1 juta!

Jadi, bila kita dah set apa definisi jutawan hartanah pada diri kita, barulah kita boleh plan macam mana kita nak jadi jutawan hartanah. Tunggu entri aku yang seterusnya nanti!


Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca