Hukum Menyambut Dan Mengucapkan Selamat Hari Krismas

Assalamualaikum semua...

Memandangkan hari ini merupakan hari cuti umum perayaan Krismas, maka banyak persoalan yang telah dilontarkan kepada saya tentang hukum menyambut dan mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada rakan-rakan atau jiran-jiran yang menganut agama Kristian.

Dalam kuliah Asar di tempat keje saya, Ustaz Salehuddin dari bahagian Shariah telah membuka topik ini kepada kami tentang hukum menyambut dan mengucapkan Selamat Hari Krismas ini. Menurut beliau, hukum menyambut perayaan Hari Krismas adalah haram berdasarkan hadis nabi kita yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud yang bermaksud:
"Barangsiapa yang menyerupai (meniru) suatu kaum (yang bukan Islam), maka dia tergolong dalam golongan mereka" - (Hadith ke-3512 riwayat Imam Abu Daud)
tasyabbuh

Manakala untuk mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada penganut agama Kristian, Ustaz Salehuddin menyatakan dalam hal ini terdapat khilaf di kalangan para ulama'.


Bagi Imam Ibnu Qayyim, beliau mengharamkan ucapan tahniah ini dengan katanya dalam kitabnya “Ahkam Ahli Zimmah” pada Bab Ucapan Tahniah Kepada Ahli Zimmi:
"...dan adapun ucapan tahniah terhadap syiar yang telah dikhususkan kepada orang kafir adalah haram secara sepakat, seperti ucapan tahniah terhadap perayaan dan puasa mereka, dengan ucapan : Eid Mubarak ‘Alaika / tahniah atas perayaan ini, atau sebagainya".
Tetapi menurut Dr Yusuf Qardawi dalam fatwanya, beliau mengharuskan tindakan ini selagi mana kita tidak menyambut perayaan mereka dan sekadar ucapan tahniah kepada mereka sebagai tanda hubungan kemasyarakatan. Pendapat ini bersandarkan kepada firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil." (Surah Al-Mumtahanah ayat 8)
Ustaz Salehuddin mengingatkan dengan tegas bahawa ucapan yang ditujukan kepada mereka adalah suatu ucapan yang bukan digambarkan dengan keredhaan kita terhadap agama mereka tetapi semata-mata ingin menjaga hubungan dan berbuat baik kepada mereka.

Beliau juga mengingatkan kepada kami semua, jika kita merancang untuk mengadakan sesuatu majlis seperti majlis walimatul urus, majlis aqiqah dsb, pada hari cuti perayaan keagamaan lain, beliau menyarankan agar kita tangguhkan majlis tersebut ke hari cuti yang lain untuk mengelakkan daripada tanggapan orang lain yang menganggap kita turut meraikan hari keagamaan tersebut.

Beliau tekankan bahawa Islam itu amat teliti dalam menutup segala ruang yang memungkinkan fitnah itu boleh berlaku.

Pendirian saya - isikan masa terluang dengan menambahkan ilmu dan mempertingkatkan amalan ibadah bersempena dengan cuti umum ini. Tak perlulah kita bersemangat untuk turut serta meraikan hari Krismas ini.

Jika ada rakan-rakan atau jiran-jiran yang menjemput datang ke rumah, maka pergilah atas semangat kejiranan. Tunjukkan bahawa Islam itu mengajar kita menghormati jiran-jiran dan rakan-rakan agama lain.


Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca