Jalan Jalan Cari Makan - Restoran Yaseen Nasi Kandar Pulau Pinang

Assalamualaikum semua...

Hari ni saya makan lunch di Restoran Yaseen Nasi Kandar Pulau Pinang. Bukan di Pulau Pinang, tapi di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Naik monorel, turun dekat Stesen Medan Tuanku. Jalan sikit dalam masa 5 minit, sampai la ke restoran ini.

jalan-jalan cari makan, restoran yaseen nasi kandar
Restoran Yaseen Nasi Kandar Pulau Pinang
Bila sampai-sampai je, dah kena beratur kat luar. Queue panjang. Dalam 10 minit baru dapat order. Punya la ramai orang. Kalau ramai orang, mesti sedap punya nih!

Nih first time saya makan nasi kandar. Banyak pilihan lauk yang ada – ayam, daging, udang, sotong, telur goreng, telur ikan, dan macam-macam lagi. Saya amek lauk sotong dengan telur sotong. Letak sikit sayur kacang buncis dengan timun 3-4 kerat. Kuah campur-campur. Nak test sedap ke nasi kandar nih.

nasi kandar
Nampak menyelerakan~!!

Rasanya ok la. Untuk first timer macam saya, saya fikir macam ni la kot rasa nasi kandar – kuah pekat. Lari sikit daripada taste saya, but not bad lah.

Kepada sesiapa yang nak try tu boleh la datang ke Restoran Yaseen Nasi Kandar Pulau Pinang nih.

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca