Teknik Menghafal Surah Al-Quran Cara Santai

Assalamualaikum dan salam hari Jumaat, penghulu segala hari kepada semua!

Hari ni saya takkan bercerita tentang kewangan atau tentang hartanah. Hari ini saya ingin menambahkan syer saham akhirat saya dengan mengajak semua pembaca blog saya untuk menyahut cabaran saya.

Cabaran itu ialah cabaran hafalan al-quran.

kaedah menghafal al-quran
Kredit: IrfanIrsyad.WordPress.Com

Dengan mengamalkan teknik-teknik yang saya perolehi dari radio IkimFM ini, insha-Allah, kita semua akan mudah menghafaz al-quran dengan baik.

Teknik-teknik tersebut ialah:-
  1. Pasang niat nak hafaz al-quran. Setiap amalan itu bermula dengan niat. Jadi, pasang niat betul-betul.

  2. Sahaja aku menghafaz Al Quran 30 juzu' kerana Allah Ta'ala

  3. Ambil wudu'. Proses penyucian diri dari hadas kecil.
  4. Pilih surah mana yang kita nak hafal. Sebaik-baiknya mulakan dengan surah-surah dalam Juzu' 'Amma (Juzu' ke -30)
  5. Baca 5 ayat SAHAJA untuk satu hari. Jangan lebih, jangan kurang. Jangan rasa yang 5 ayat ini amat sedikit. 
  6. Ambil masa dalam 30-40 minit SAHAJA dalam sehari. Lebih kurang 8 minit setiap kali sebelum solat Fardhu. 
  7. Ulang bacaan ayat-ayat tersebut setiap kali dalam solat. 3 ayat di rakaat pertama, 2 ayat di rakaat kedua. Kalau 5 ayat tersebut pendek-pendek, baca 5 ayat tersebut di kedua rakaat pertama dan kedua.
  8. Sambung 5 ayat seterusnya pada hari seterusnya. Tetapi untuk memulakan 5 ayat seterusnya, kita mulakan hafalan dengan ayat terakhir pada hafalan hari sebelumnya. Proses ini penting supaya kita boleh ingat apa ayat sebelum ayat hafalan kita yang baru.
  9. Khas untuk ayat-ayat yang panjang, kita potongkan kepada beberapa ayat-ayat pendek supaya mudah untuk kita hafal.
Ulangi proses-proses di atas setiap hari. Insha-Allah, anda semua dapat menghafal surah al-quran dengan sempurna.

Proses hafalan ini dapat dipercepatkan dengan bantuan mp3 al-quran. Sentiasa pasang ketika dalam perjalanan pergi dan pulang dari tempat kerja.

Semoga berjaya!

p/s: Teknik saya amalkan untuk menghafal surah As-Sajadah yang mempunyai 30 ayat itu. Alhamdulillah, saya ambil masa dalam masa 12 hari untuk menghafal surah tersebut.


Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca