Pelaburan Dan Simpanan Untuk Anak-Anak

Assalamualaikum semua...

Semua orang sayangkan anak-anak. Semua orang sanggup berkorban apa saja untuk anak. Mana kan tidak, tengok saja cerita 'Anakku Sazali' tentang cerita seorang ayah yang sanggup memberikan apa saja demi untuk kesenangan anaknya. Tapi awas! Jangan terlalu berlebihan sampai anak kita jadi seperti Sazali!

Apa yang saya nak sharekan kat sini tentang apa yang kita boleh berikan kepada anak-anak kita sebagai 'modal' untuk mereka di masa akan datang. Saya percaya anda semua ada pelan masing-masing tentang masa depan anak-anak anda semua. Di sini saya ingin kongsi 3 perkara yang saya telah lakukan untuk anak kesayangan saya.
  1. Pelaburan Hartanah
    pelaburan hartanah, nuri court, pandan indah
    Salah satu hartanah saya yang dibeli untuk anak saya

    - tujuan utama saya menceburkan diri dalam bidang pelaburan hartanah adalah untuk membiayai kos pembelajarannya bila memasuki alam universiti nanti. Saya tak mahu dia membuat hutang seperti saya hanya semata-mata untuk menyambung pelajarannya nanti. Biarlah kita bersusah-susah sekarang, asalkan kita akan bersenang-senang kemudian.
  2. Pelaburan Tabung Haji
    buku tabung haji, pelaburan tabung haji
    Pelaburan yang wajib ada untuk anak-anak Muslim

    - setiap bulan, saya akan membuat potongan gaji automatik sebanyak 1% daripada gaji saya untuk dimasukkan ke dalam akaun tabung haji anak saya. Mudah-mudahan simpanan ini akan dapat menampung perbelanjaan ketika dia belajar di universiti nanti.
  3. Pelaburan Insurans
    prubsn medical card, prudential takaful
    Medical card anak saya

    - pelaburan ini ialah pelaburan yang pertama yang saya buat iaitu sejak anak saya dilahirkan lagi. Pelan yang saya ambil pula adalah berkaitan dengan pelaburan pendidikan. Selain daripada ia jadi pelaburan, ia juga merupakan perlindungan insurans untuknya. Alhamdulillah, dah banyak kali anak saya masuk hospital kerana pelbagai masalah kesihatan, dan perlindungan insurans inilah yang banyak membantu saya dalam membiayai kos perubatannya.
Jadi, kepada mereka yang tercari-cari apakah jenis simpanan yang terbaik untuk anak-anak mereka, mereka boleh lah ikuti cara saya ini. Banyak atau sedikit itu tidak penting. Yang penting adalah sentiasa konsisten dalam membuat pelaburan untuk anak-anak.


Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca