Pengeluaran Duit KWSP Untuk Mengerjakan Ibadah Haji

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, mulai 1 Januari 2013, para pencarum KWSP boleh membuat pengeluaran simpanan KWSP untuk mengerjakan ibadah haji.

kwsp, kumpulan wang simpanan pekerja
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Syarat-syaratnya adalah seperti berikut:
  1. Pencarum mestilah berumur kurang daripada 55 tahun.
  2. Pencarum telah menerima surat tawaran untuk menunaikan haji.
  3. Permohonan pengeluaran hanya boleh dibuat sekali seumur hidup.
  4. Pencarum tidak mempunyai simpanan yang mencukupi dalam Tabung Haji untuk membiayai kos asas haji.
Kepada pencarum yang ingin memohon, mereka perlu pergi ke cawangan KWSP yang berdekatan dan bawa dokumen-dokumen di bawah ini:
  1. Kad pengenalan diri.
  2. Surat tawaran untuk menunaikan haji daripada Lembaga Tabung Haji.
  3. Buku akaun simpanan Lembaga Tabung Haji.
Jadi, kepada mereka yang layak, jangan lengahkan lagi. Selagi umur dan kudrat yang masih ada, buatlah permohonan segera dan tunaikanlah tuntutan fardhu haji dengan segera!


Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca