Piala AFF Suzuki 2012 - Malaysia vs Indonesia

Kredit: Sport.Detik.com
Assalamualaikum semua...

Wah wah! Gembira la korang ye bila Harimau Malaya layak ke semi-final. Tahniah diucapkan kepada skuad Harimau Malaya.

Memandangkan aku tak dapat tengok game semalam, jadi tak dapat la nak ulas pasal game semalam. Aku copy paste je ulasan game dari surat khabar online ye. Hehe...


--------------------------------------------------------------------

MAHALI Jazuli puas selepas menjaringkan gol kedua Malaysia untuk membantu Harimau Malaya menumbangkan Indonesia pada perlawanan terakhir Kumpulan B, malam tadi.
Kredit: Utusan
MALAYSIA layak ke separuh akhir dengan mengatasi Indonesia 2-0 pada perlawanan akhir peringkat Kumpulan B kejohanan Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Skuad kebangsaan mendahului Indonesia 2-0 pada separuh masa pertama. Gol Malaysia dijaringkan oleh Azamuddin Akil pada minit ke-27, sebelum Mahala Jasuli menggegarkan stadium dengan gol kedua pada minit ke-30.

Meskipun Malaysia mendapat sorokan gemuruh daripada penyokong yang membanjiri stadium malam ini, Harimau Malaya tidak mempamerkan aksi garang pada babak awal perlawanan apabila Indonesia terlebih dahulu menguji gawang tuan rumah menerusi Vendry.

Pun begitu, rembatan kencang Rendry berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias.

Selang satu minit kemudian, sekali lagi peluang Indonesia untuk menjaringkan gol. Percubaan Samsul tersasar.
Asakan Aidil Zafuan (kiri) ke atas pemain Indonesia
Kredit: AFFSuzukiCup.com
Susulan asakan pasukan pelawat, Malaysia mula mengatur gerakan menarik. Safee Sali tidak berjaya menanduk masuk hantaran dari sepakan sudut pada minit ke-23.

Selepas itu, penantian gol Malaysia akhirnya tertunai apabila tendangan Azamuddin berjaya menewaskan penjaga Indonesia, Wahyu Tri Nugroho untuk meletakkan di depan pada minit ke-27.

Selang tiga minit kemudiaan, kealpaan benteng pertahanan Indonesia akhirnya mengundang padah apabila Malaysia berjaya meledak gol kedua menerusi Mahali pada minit ke-30, sekali gus menggegarkan stadium dengan nyanyian kata-kata semangat.

Bersambung babak kedua, Indonesia mula beraksi garang apabila pergerakkan cantik Andik nyaris membolosi gawang.

Percubaannya ditangkap kemas oleh Farizal.

Selepas itu, giliran Malaysia melakukan asakan, tetapi tandukan Safee hasil hantaran Zubir sekali lagi tidak menepati sasaran pada minit ke-51.

Indonesia tidak berputus asa dan terus membuat percubaan bagi mendapatkan gol, Pun begitu gagal membolosi gawang lawan dan akhirnya terpaksa akur apabila misi mereka untuk menempah tiket ke separuh akhir musnah.


Anda suka blog saya? Sokonglah blog saya dengan klik pada iklan di laman blog ini! Terima kasih.

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca