Piala AFF Suzuki 2012 - Malaysia vs Thailand (1st Leg)

aff suzuki cup 2012
AFF Suzuki Cup
Kredit: Sport.Detik.com

Assalamualaikum semua...

Amacam korang semua? Puas hati dengan game antara team Harimau Malaya dengan team Gajah Putih? Bagi aku, aku puas hati dengan game yang ditunjukkan oleh kedua-dua team, walaupun sepatutnya team Harimau Malaya deserve to win this game.

aff suzuki cup 2012, malaysia vs thailand
Harimau Malaya vs Gajah Putih
Kredit: HazminHamudin.com

aff suzuki cup 2012 malaysia vs thailand
Keputusan perlawanan antara Malaysia dengan Thailand

My game analysis for tonight's game (speaking la pulak yee...):

  1. Coach K.Rajagobal menerapkan sistem 4-4-1-1 untuk game ini - satu tindakan yang baik. Dengan meletakkan Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) sebagai lone striker dan Safiq Rahim sebagai backup striker, taktik ini memberikan kekuatan di bahagian tengah team Harimau Malaya.
  2. Bahagian pertahanan Harimau Malaya beraksi dengan begitu baik sekali dengan mengekang asakan yang dibuat oleh team Thailand. Mohd. Bunyamin Omar juga dapat beraksi dengan baik sekalipun diletakkan di bahagian kiri skuad. Seperti biasa, aksi Mahalli Jasuli di bahagian kanan amat membanggakan. Beliau juga merupakan orang yang memberi hantaran lintang kepada Mat Yo untuk menjaringkan gol Harimau Malaya.
    aff suzuki cup 2012, norshahrul idlan talaha
    Aksi Mat Yo ketika menentang Thailand
    Kredit: Sinar Harian
  3. Walaupun tanpa kehadiran Shakir Shaari yang mengalami kecederaan, namun Gary Steven Robbat dan Amar Rohidan mempamerkan aksi yang boleh diharapkan. Diharap jika Gary Steven Robbat diturunkan untuk perlawanan timbal balik nanti, beliau dapat menaikkan tahap stamina beliau kerana beliau kelihatan agak pancit di akhir-akhir perlawanan.
    aff suzuki cup 2012 malaysia vs thailand, amar rohidan, gary steven robbat
    Amar Rohidan (kiri) dan Gary Steven Robbat
    Kredit: NST.com.my
  4. Team Harimau Malaya kena tingkatkan stamina masing-masing untuk game seterusnya. Mereka seharusnya ingat andai mereka mendapat keputusan seri 1-1 di Bangkok, mereka terpaksa beraksi selama 120 minit, satu tempoh yang lama.
Diharap untuk game timbal balik di Bangkok nanti, skuad Harimau Malaya dapat memberikan tahap fokus dan psikologi yang amat tinggi memandangkan kita perlukan kemenangan atau sekurang-kurangnya keputusan seri (bukan 0-0, tapi seri dengan jaringan).Tambah-tambah lagi, kita akan beraksi di hadapan penyokong setia team Gajah Putih pula.


Rating aku untuk team Harimau Malaya:
  • Farizal Marlias - 6
  • Mahali Jasuli - 8
  • Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak - 7
  • Mohd Fadhli Mohd Shas - 7
  • Mohd Bunyamin Omar - 6
  • Azamuddin Mohd Akil - 7
  • Gary Steven Robbat - 7
  • Amar Rohidan - 6
  • Baddrol Bakhtiar - 6
  • Safiq Rahim -7
  • Norshahrul Idlan Talaha - 8

  • Safee Sali - 5
  • S. Kunanlan - 5
  • Zubir Azmi  - 5


Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca