Projek 100 Blogger Oleh BroFramestone


Assalamualaikum semua...

Camna pengisian hari Sabtu korang semua? Hari-hari macam nih saya akan spend masa bersama keluarga di rumah.

Tiada plan untuk keluar ke mana-mana. Jadi, lepas settle semua kerja-kerja rumah yang nak dilakukan, saya pun blogwalking mencari bahan bacaan yang menarik. Dari satu halaman ke halaman yang lain, kemudian terjumpa mengenai Projek 100 Blogger oleh BroFramestone.

projek 100 blogger broframestone
Projek 100 Bloggers
Kredit: Anarm.net

Dari apa yang saya baca, agak menarik juga untuk saya sertai kerana ini kali pertama saya menyertai projek blogger seperti ini. Artikel kali ini sekadar ingin mempromosikan projek BroFramestone ini sebagai syarat utama untuk menyertai projek ini. Jadi, sekadar mencuba nasib saya buatlah posting ini.

Berikut adalah butiran mengenai projek ini yang dipetik dari blog BroFramestone.

  1. 100 blog Malaysia dan pemiliknya warga negara Malaysia.
  2. Blog yang mempunyai trafik dalam 500 uv dan keatas dalam sehari. (bukti statistik blog amat diperlukan)
  3. Blog berbahasa melayu atau english.
  4. Blog yang berkualiti (bukan copy paste & setiap post mendapat feedback yang menggalakan dari pembaca).
  5. Seminggu sekurang-kurangnya 4 kali blog di update.
  6. Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan.
  7. Dan sanggup memberi komitment dalam menjaya Projek 100 Bloggers

Untuk maklumat lanjut, sila layari blog BroFramestone.

p/s: Harap-harap ada chance la ye (^_^)


Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca