Tambah Pelaburan Tabung Haji Dengan Cash Deposit Machine Maybank & Bank Islam

Assalamualaikum semua...

Sekarang dah masuk bulan Disember. Kira nih saat-saat terakhir bagi korang yang nak menambahkan modal pelaburan, tak kira sama ada dalam FD ke, ASB ke, Tabung Haji atau dalam unit-unit amanah yang lain. Kenapa? Haaa, kan dah nak masuk tahun baru dah. Bank2, unit2 amanah pun dah nak tak sabar-sabar nak bagi dividen kat kita bila masuk tahun baru nanti. So, tambah la cepat2 ye!

Hari ni aku nak share dengan korang, khususnya kepada pemegang-pemegang akaun tabung haji, macam mana korang boleh tambah modal pelaburan Tabung Haji korang.

"Tambah pelaburan lagi?!! Asyik dok keje menyimpan je! Bila boleh nak joli nih???"

Boleh nak joli - tunggu lepas dapat dividen nanti la. Hehe...

Kalau korang baca entri aku sebelum ini - Tambah Pelaburan Tabung Haji Melalui Maybank2u & Tambah Pelaburan Tabung Haji Melalui Bank Islam - korang akan dapati yang syarat utama untuk menggunakan kaedah ini ialah:

1) Korang kene ada akaun dengan bank-bank tersebut.
dan
2) Korang kene ada akaun internet banking.

Tapi, kali ni, aku nak share dengan korang macam mana korang boleh tambah modal pelaburan Tabung Haji korang tanpa perlu ke pejabat tabung haji & tanpa syarat-syarat utama kat atas nih.



"Betul ke nih???"

Betul. Tak perlu bersusah payah nak ke pejabat Tabung Haji lagi untuk depositkan duit. Korang boleh pegi ke CDM Maybank & Bank Islam untuk masukkan duit. Syarat utama untuk gunakan CDM nih cuma kena tahu no akaun Tabung Haji sahaja!

Contoh kat bawah ni aku guna dengan CDM Bank Islam. Rasanya lebih kurang sama dengan CDM Maybank.

  1. Buat pilihan bahasa.
    tambah pelaburan tabung haji dengan cash deposit machine maybank & bank islam
  2. Pilih "Tabung Haji Deposit Wang"
    tambah pelaburan tabung haji dengan cash deposit machine maybank & bank islam
  3. Masukkan nombor akaun tabung haji.
    tambah pelaburan tabung haji dengan cash deposit machine maybank & bank islam
  4. Masukkan duit simpanan korang.
    tambah pelaburan tabung haji dengan cash deposit machine maybank & bank islam
Senang kan???

p/s: dah bertambah la 'pejabat tabung haji' di seluruh negara...


Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca