Tambah Pelaburan Tabung Haji Melalui Bank Islam Internet Banking

Assalamualaikum semua...

Dulu aku pernah share dengan korang camna nak tambah pelaburan Tabung Haji melalui Maybank2u kan?

Kali ni aku nak share dengan korang camna nak tambah pelaburan Tabung Haji melalui Internet Banking (panggil IB je) Bank Islam pulak. Since aku pun dah tukar keje ke Bank Islam, jadi kene la buat maintenance setup dalam IB Bank Islam nih.

Sebelum melakukan step di bawah, mintak korang request i-Access dulu siap2 untuk memudahkan proses yang nak kita buat selepas ini. Make sure gak korang dah register no hp korang dalam IB nih.
Step-step yang perlu dibuat:
  1. Login ke IB Bank Islam.
  2. Pergi ke menu Bill Payment > Bill Payment Maintenance.


  3. Klik butang “Add”.


  4. Pilih “LEMBAGA TABUNG HAJI-PENAMBAHAN DEPOSIT” sebagai Service Provider. Isikan butiran-butiran lain (nombor akaun & nama pemilik akaun) dengan lengkap. Bila lengkap, klik butang “Submit”


  5. Klik butang “Confirm”.


  6. Satu popup window akan keluar untuk request i-Access code. Masukkan code yang korang dapat dalam SMS.


  7. Selesai! Korang akan dapat confirmation page macam kat bawah ni.

Lepas ni boleh la simpan banyak-banyak dalam Tabung Haji ye. Takde alasan lagi takleh nak tambah simpanan tabung haji sebab pejabat tabung haji jauh lah, takde masa lah dll.

Selamat mencuba!

Anda suka blog saya? Sokonglah blog saya dengan klik pada iklan di laman blog ini! Terima kasih.

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca