Tingkap Apartment Taman Tasik Utama Terbang Melayang!

“Salam en. Farid. Saya nak bagitau yang tingkap rumah bilik hujung tu dah jatuh sebab hujan lebat, angin kuat sangat. Nasib baik tak kene kereta. Bila en. Farid boleh datang betulkan?”
BIAR BETUL~!!

Terperanjat saya bila dapat sms dari awek student yang menyewa apartment di Taman Tasik Utama, Melaka. Yelah, tak sangka pulak tingkap tu boleh tercabut disebabkan angin kuat masa hujan lebat. Kalau ikutkan logik akal, memang susah la tingkap tu nak tercabut. Tapi logik akal tak semestinya betul, kan?

tingkap rumah apartment taman tasik utama
Tingkap rumah jenis yang macam nih la...

Tapi parents saya yang duduk di Melaka cakap memang betul, angin kuat lain macam kalau time hujan sejak kebelakangan nih.

Tapi apa-apa pun, saya bersyukur sangat sebab takde apa yang teruk berlaku. Mana taknya, kalau kena kat kereta orang ke, kepala orang ke...mau lagi teruk kesnya nanti. Dah terbayang dah kena pegi balai/court untuk settle kes. Na’uzubillah...

Lepas saya dapat sms tu, terus saya contact repairman, mintak tolong datang besok jugak. Kesian kat budak tu tidur kesejukan. Buat sementara nih, saya suruh dia tutup dulu dengan kain cadar dulu. Yelah, rumah pun kat tingkat atas, angin confirm sejuk bila malam-malam.

Harap-harap kerja pembaikan tingkap rumah apartment saya berjalan lancar walaupun saya tak tengok kerja-kerja pembaikan tu. Tunggu bil sampai je lah pasnih...

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca