Tips Berhemah Untuk Menggunakan Kad Kredit


Pelbagai jenis kredit kad yang ada di Malaysia
Kredit: BayarKadKredit.Blogspot.Com

"Alamak, cash takde pulak. Swipe je la dulu. Nanti dapat gaji, aku bayar la balik"

"Pakai kredit kad la senang. Dompet tak sendat. Dapat treatpoints lagi!"

Semua orang yang ada kredit kad mesti berfikiran macam ni kan? Memberikan alasan-alasan yang agak munasabah agar rasa justified kenapa kita pakai kredit kad.

Bagi mereka yang ada disiplin, kredit kad memang berguna bagi mereka. Tapi, kepada mereka yang lain, awas! Jika ia dibiarkan berlarutan, kad kredit ini akan memakan diri korang semua.

Di sini aku nak share dengan korang tips-tips berhemah untuk menggunakan kad kredit:

Buat bajet bulanan
Ini amat penting untuk memastikan kita tahu aliran wang kita. Kalau perbelanjaan kita melebihi daripada pendapatan kita, maka simpanlah dulu kad kredit kita di rumah. Ini untuk mengelakkan kita daripada 'gatal tangan' menggunakan kad kredit kepada perkara-perkara yang tidak patut.

Sentiasa membayar penuh hutang kredit kad bila tiba masanya.
Ini amat penting untuk memastikan kita tidak dikenakan interest oleh bank. Untuk pengetahuan korang, bank mengenakan interest sebanyak 17.5% setahun (1.45% sebulan) ke atas baki hutang kad kredit kita. Mereka juga mengenakan caj lewat bayar sebanyak RM5 atau 1% peratus ke atas baki hutang (yang mana lebih tinggi). Jadi, sentiasalah membuat bayaran penuh setiap bulan agar kita tidak dikenakan caj yang berlebihan dari pihak bank.

Bawa satu kad kredit sahaja
Korang ada lebih dari satu kad kredit? Jika ya, maka korang pakai la satu kad kredit je dan tinggalkan yang lain. Godaan sangatlah besar bila korang ada lebih dari satu kad kredit dalam dompet korang.

Jauhkan diri daripada EZPay
Pelan EZPay ni memang bagus, tapi kalau ada 10 pembelian dengan EZPay, maka ia akan jadi tidak bagus. So, berpada-padalah kalau nak ambil pelan ini. Balik semua ke point #1, buat penilaian dulu tentang status kewangan kita.

Jangan keluarkan duit menggunakan kad kredit!
Memang best masa keluarkan duit dari mesin ATM. Tapi ingat! Caj yang dikenakan atas setiap pengeluaran adalah tinggi bergantung kepada bank.

Harapnya tips-tips ini dapat membantu korang untuk menggunakan kredit kad secara berhemah. Kad kredit umpama pisau, kalau betul caranya, ia berguna untuk kita. Tapi, kalau salah guna, ia boleh ‘membunuh’ kita.

2 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca