Operasi TUKAR Dan PASANG

Water Booster Pump

Assalamualaikum semua

Satu operasi TUKAR poly water piping baru dan PASANG water booster pump telah dilakukan pada hari Sabtu lepas untuk rumah sewa di Nuri Court, Pandan Indah. Semua nih atas inisiatif penyewa saya sendiri  (thank you, bro!) yang mencari plumber yang boleh buat pemasangan water piping dan water booster pump. Bonusnya – plumber tu ialah penduduk di Nuri Court jugak, tapi dari blok lain. So, apa-apa kerosakan dan masalah, boleh la penyewa saya tu cari dia nanti.

Saya tak datang tengok pun masa operasi tu sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Tapi saya dah bagitau penyewa saya untuk try negotiate dengan plumber tersebut tentang harga barang & labor yang dikenakan untuk operasi ini. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Tapi malangnya, tak boleh nak test water booster pump tu sebab hari tu, area Pandan Indah takde air. Bila saya dengar penyewa saya terpaksa pergi ke masjid untuk mandi, saya rasa kesian sangat. Tapi apa nak buat, SYABAS dah tak syabas seperti dulu...

Anyway, penyewa saya ada post gambar proses pemasangan paip air poli baru & water booster pump kat saya.

Tu dia...dah berkarat sangat!

Lagi worst tersumbatnya!

Piping baru dah dipasang di tangki

Proses pemasangan paip di luar apartment

Pemasangan yang kemas

Water Booster Pump dipasang atas siling

Buat wiring sikit untuk disambung ke water pump

Saya bersyukur bila dapat penyewa macam nih. Sentiasa update apa yang berlaku di rumah sewa saya. Penyewa seperti inilah yang kita perlu cari!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca