Azam Baru Sempena Tahun Baru 2013

Assalamualaikum semua...

Sempena kedatangan tahun baru 2013, ramai yang buat azam baru dan ada juga yang recycle azam tahun lepas. Apa-apa pun, yang penting, teruskan berusaha untuk mencapai azam masing-masing.

Bagi saya pula, saya mengambil pendekatan 'recycle' azam tahun lepas memandangkan azam tahun lepas still tak tertunai lagi. Hehe...

azam tahun baru 2013
Jom Berazam Jadi Baik!!

Jadi, ada 5 azam yang saya akan cuba capai untuk tahun baru 2013 ini.
  1. Lupuskan hutang kredit kad
    - Macam mana nak buat? Saya akan cuba buat dengan menggunakan sebahagian daripada duit bonus saya (kalau ada la...maklum la baru masuk tempat keje baru) untuk melupuskan hutang tersebut. Kalau takde rezeki dapat duit bonus, saya akan gunakan sebahagian daripada duit refinancing rumah sewa saya untuk digunakan untuk tujuan tersebut. Pasang azam juga untuk tidak menggunakan kad kredit kecuali dalam keadaan terdesak.
  2. Lebih berdisiplin dalam mencatat semua perbelanjaan
    - Macam mana nak buat? Setiap kali duit keluar, saya akan catatkan dalam application smartphone saya - Daily Money. Sebelum nih guna juga, tapi biasalah, kurang berdisiplin dalam penggunaannya.
  3. Buat bajet bulanan dengan SERIUS!
    - Macam mana nak buat? Sehari sebelum dapat gaji, saya akan export keluar data dari application smartphone saya dan buat bajet daripada data tersebut. Saya akan cuba kurangkan mana-mana perbelanjaan boleh ubah yang boleh dikurangkan dalam perbelanjaan bulan seterusnya.
  4. Buat ‘side-income business’
    - Macam mana nak buat? Selain blogging, saya akan cuba buat servis yang berkaitan dengan pelaburan hartanah. Kena mintak pertolongan dengan geng-geng hartanah saya.
  5. Naikkan dana kecemasan
    - Macam mana nak buat? Setakat nih baru dapat simpan dana kecemasan sebanyak sebulan perbelanjaan. Bukannya tak dapat nak simpan, tapi saya dah banyak guna dana kecemasan pada tahun lepas seperti kos overhaul kereta Wira saya akibat terputus timing belt, kos-kos pembaikan rumah-rumah sewa dan sebagainya. Jadi, bila tercapainya keempat-empat azam sebelumnya, diharap agar dapat menaikkan dana kecemasan ideal, iaitu 3 bulan perbelanjaan bulanan - disamping meneruskan simpanan 10% daripada gaji setiap bulan.
Itu saja azam saya untuk tahun baru 2013. Harapnya akan tercapai kelima-lima azam saya ini, Insha-Allah.


Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca