Pesanan Ikhlas Kepada Pelabur Hartanah Newbie

“Bang, gaji 1st nak buat mende? Macam mana nak merancang nih? :-)”

Dapat mesej di atas dari sepupu saya yang baru je dapat keje selepas tamat pengajiannya. Saya pun tak sangka yang sepupu saya juga ada membaca blog saya (^_^).

Jadi, untuk tidak menghampakan beliau, saya pun mencadangkan supaya simpan 10% daripada gaji beliau sebagai simpanan tetap. Boleh je saya nak suggest supaya simpan 30% daripada gaji, tapi saya lebih suka untuk lebih realistik dan tidak mahu membebankan beliau.

10% daripada gaji, pengurusan kewangan, pelaburan hartanah, jutawan hartanah
Mulakan potongan gaji dengan 10% dulu
Kredit: 123rf.com

Datang pulak mesej seterusnya...

“Nak plan beli rumah awal, pastu sewakan cam abang jugak. Kena plan betul2 ni..“

Wah, bersemangat betul nak buat pelaburan hartanah yang pertama. Betul, boleh je dia terus buat pelaburan hartanah beliau, dengan syarat: 

  1. Boleh beli hartanah secara cash.
  2. Ada dapat harta pusaka berbentuk rumah.
  3. Buat JV dengan parents/adik beradik (pakai nama diorang sebab dah ada stable income)

Selain daripada 3 cara di atas, rasanya kena tunggu dulu dalam tempoh 3-6 bulan untuk mula melibatkan diri dalam pelaburan hartanah. Kenapa 3-6 bulan? Sebab bank nak tengok statement gaji kita masa apply loan nanti. Kalau baru 1st month keje, mana leh nak provide statement gaji (unless masa belajar dulu ada buat bisnes. So boleh la tunjuk bank statement yang tunjuk consistent income masyuk tetiap bulan)

So, buat masa sekarang nih, timba la ilmu tentang pelaburan hartanah dulu. Hadirkan diri dalam seminar-seminar pelaburan hartanah yang ada. Tak tau nak pergi yang mana satu? Boleh la pergi ke Seminar Hartanah anjuran Satu Solution nih dulu. Ni kira basic knowledge untuk pelabur-pelabur newbie. Tak rugi pun kalau pergi ke seminar tersebut. Harga pun berpatutan!


Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca