6 Kesan Sampingan Teknologi Berlebihan Kepada Anak-Anak

kesan sampingan smartphone kepada anak, keburukan smartphone kepada pelajar, keburukan penggunaan smartphone
Kehadiran teknologi yang canggih dan memudahkan pelbagai urusan pada masa kini bukan sahaja terkesan bagi golongan dewasa, malahan ia turut mempengaruhi cara pendidikan awal kanak kanak. Ramai ibu bapa bersetuju teknologi boleh menjadi sumber pendidikan dan hiburan kepada anak anak. Namun secara tidak sedar, seperti juga perkara lain, jika pendedahan kepada teknologi samada internet, games, dan waimah aplikasi pendidikan sekalipun terhadap golongan kanak kanak, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh beberapa institusi perkembangan minda dan fizikal kanak kanak, ia boleh mendatangkan kesan sampingan yang buruk jika tidak dikawal selia dengan baik. Merujuk kepada artikel yang ditulis sebelum ini: Aplikasi telefon pintar tablet tidak menjadikan anak anda lebih pintar merupakan bukti bahawa kesan yang buruk boleh berlaku. Berikut merupakan 6 kesan sampingan teknologi berlebihan kepada kanak kanak (lanjutan dari artikel ditulis sebelum ini):
1. Menganggu waktu tidur
Mendapat tidur yang cukup begitu mencabar untuk anak-anak yang sering sibuk pada hari ini kerna sering mempunyai kerja rumah dan aktiviti selepas sekolah dalam hari-hari biasa dan aktiviti kurikulum dan sukan pada hujung minggu. Tambahan pula jika tempoh menonton TV – yang purata sehingga 3 hingga 4 jam sehari, menurut “American Academy of Child and Adolescent Psychiatry” mereka mempunyai resepi untuk kekurangan tidur yang serius. Selain itu, rangsangan elektronik, seperti daripada menonton TV atau menggunakan komputer, telah dibuktikan boleh mengganggu waktu tidur (ketika hendak tidur, dan selepas waktu tidur).
2. Mengurangkan waktu bersama keluarga dan interaksi bersama.
Apabila kita menggunakan teknologi seperti komputer, permainan, dan TV, kita tidak berinteraksi bersama-sama. Ia boleh menyukarkan untuk keluarga mencari masa yang berkualiti dan baik untuk menghabiskan waktu bersama dan berinteraksi bersama sama. Ibu bapa mungkin mahu mengelakkan seberapa banyak yang mungkin perkara tersebut dari terjadi. Walaupun ia boleh menjadi seronok untuk menonton sebuah filem di waktu malam bersama keluarga atau bermain permainan video bersama-sama, hakikatnya adalah bahawa ia mengurangkan waktu berinteraksi bersemuka bersama sama yang boleh menjadikan anak anda lebih pasif / kurang bercakap.
3. Menggalakkan tahap tumpuan yang singkat.
Kajian telah menunjukkan bahawa masa yang di habiskan terlalu banyak di hadapan TV, Tablet, Laptop dan sebagainya boleh menyebabkan masalah kurangnya perhatian.
4. Mengganggu prestasi di sekolah.
Berdasarkan kajian, Kanak-kanak yang menonton banyak TV lebih cenderung untuk mempunyai gred lebih rendah dan kurang membaca buku-buku.
5. Kurang aktiviti fizikal.
Boleh menyebabkan risiko yang lebih tinggi kepada masalah obesiti pada kanak-kanak yang menonton atau menggunakan teknologi secara berlebihan.
6. Mendedahkan anak-anak dengan banyak iklan dan kandungan yang tidak sesuai.
Banyak rancangan televisyen dan iklan menggambarkan seksualiti dan keganasan serta stereotaip dan penggunaan dadah dan alkohol terutamanya di internet, serta kandungan yang tidak sesuai untuk tumbesaran & perkembangan minda kanak kanak boleh terjejas dengan lambakan kandungan yang tidak sesuai untuk mereka di khuatiri boleh menyebabkan berlakunya kegiatan tidak sihat.
Sedikit kesimpulan yang boleh di buat dari artikel ini adalah, ibu bapa tidak perlu membeli peralatan seperti tablet atau laptop yang khusus untuk anak anak anda sebaliknya boleh berkongsi bersama dengan paralatan yang sedia ada dan digunakan oleh anda untuk memudahkan limitasi dan pemantauan kepada pendedahan teknologi di lakukan dari semasa ke semasa. Carilah aktiviti lain selain dari memberi hiburan atau pendedahan kepada skrin sesentuh yang akan menjadikan anak anda lebih sihat dan cergas yang boleh membantu tumbesarannya. :)
sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca