Mahkamah Bebaskan Azilah, Sirul Daripada Tuduhan Membunuh Altantuya


Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Tiga anggota panel hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan mereka terhadap pensabitan dan hukuman.

(sumber berita dan gambar: MalaysiaKini.com)
---------------------------------------------------------------------

Komentar:
Keputusan ini memang sudah dijangka. Akhirnya tiada siapa yang akan disabitkan kesalahan membunuh Altantuya.

Sebagai seorang pemerhati yang biasa nih, dalam kepala nih dah terfikir macam-macam dah. Kalau kesemua tertuduh (termasuk Razak Baginda) disabitkan tidak bersalah, maka anggapan aku dah jadi macam nih....

"Altantuya didapati telah memandu sendiri ke tempat kejadian dan menembak kepalanya sendiri, mengikat tangannya sendiri dan meletupkan diri sendiri. Semuanya atas kehendak sendiri dan kesemua senjata yang digunakan dibeli dari Facebook"

Takpelah, di dunia boleh la lepas. Tunggu jelah kat akhirat nanti. Pasti akan diketahui juga.

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca