Pening Dengan Hal Pembantu Rumah

pembantu rumah, maid

Assalamualaikum semua. Hari yang tak berapa baik hari ni. Maid yang yang saya baru tukar hari Jumaat lepas dah 'mogok lapar'.

Tertanya-tanya jugak kenapa dia buat macam gitu. Rupanya dia dah rindu kat anak dia. Tak lalu makan sampai perut dia sakit gastrik. Hari ni adalah yang paling kronik sebab seharian dia tak buat keje. Sampai saya terpaksa ambil cuti sebab nak uruskan hal rumahtangga. Wife pun dah tunggu masa nak bersalin.

Untuk pengetahuan semua, dia nih seorang yang bagus. Dia buat semua kerja rumah tanpa disuruh dan kami sangat senang dengan dia. Setakat ni kami takde la suruh dia buat macam-macam. Cuma hal-hal basic di rumah je la.

Masalah dia cuma susah nak makan. Kami terpaksa paksa dia berhenti buat keje dan suruh dia makan. Kalau dia makan pun, ambil nasi sahaja tanpa lauk. Last-last, kami ambil lauk-lauk yang ada dan letakkan dalam pinggan dia.

Malam ni, kami akan hantarkan dia balik ke rumah agen. Agen kami dah berjanji untuk menggantikan dengan maid yang baru.

Harap-harap ada la maid yang lebih baik dari sekarang...

(sumber gambar: SukaCuka.com)

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca