Adab-adab Berjiran Dalam Facebook

Sekadar perkongsian (atau teguran) untuk kita semua. Pada zaman sekarang, ramai di antara kita mempunyai akaun Facebook. Dengan Facebook, kita dapat jumpa & friend ramai orang - sama ada kawan sekerja, kawan satu sekolah, peminat-peminat dan sebagainya. Tu yang bagusnya tentang Facebook ni. Tapi, mungkin kita tak perasan yang lagi ramai kawan-kawan Facebook kita, lagi ramailah ‘jiran-jiran’ Facebook kita. Oleh itu, adab-adab ‘berjiran’ dalam Facebook kenalah jaga sebagaimana adab-adab berjiran di persekitaran rumah kita.

 

Kita selalu update status kita macam-macam. Ada yang update lokasi terkini, ada yang update apa yang kita makan, ada yang update pendapat tentang sesuatu isu dan macam-macam lagi. Tapi kita mungkin terlepas pandang satu perkara penting dalam adab-adab berjiran – adakah posting kita tu membuatkan ‘jiran-jiran’ Facebook kita terasa hati atau tidak selesa dengannya.

 

Sebagai contoh – kita sedang bercuti di luar Negara, sedang menikmati makanan yang sedap-sedap. Kita tangkap gambar, pastu kita upload ke Facebook kita. Mungkin niat kita bukan nak menunjuk-nunjuk, tetapi mungkin ada (saya tak kata takde langsung ye..) di kalangan kawan-kawan Facebook kita yang rasa cemburu dengan apa yang kita nikmati disebabkan ketidakmampuan mereka. Jadi, inilah yang ditegah dalam Islam. Dah la kita tak pernah nak belanja kawan-kawan kita. Lepas tu buat posting-posting terliur sebegitu. Hari demi hari, perasaan iri hati itu akan bertambah dan jurang persahabatan itu mungkin akan lebih bertambah.

 

 

Dalam Islam pun ada mengajar kita – kalau kita masak makanan di rumah, lebihkan kuahnya untuk dikongsi bersama jiran-jiran kita (bukan bagi kuah je, bagi la lauk sekali...). Begitu juga dalam Facebook. Takkan tak terliur kawan-kawan kita tu bila tengok gambar makanan yang sedap-sedap tu?

 

Jadi, hati-hati la dalam membuat posting status dalam Facebook. Sentiasa utamakan adab-adab berjiran dalam Facebook. Jangan sampai ‘jiran-jiran’ kita terasa hati pulak dengan kita dan akhirnya tidak bertegur sapa. Al-maklum, Islam melarang kita untuk tidak bertegur sapa melebihi 3 hari disebabkan oleh perkara-perkara keduniaan sebegini.


(sumber gambar: EmpowerNetwork & Blog LailiRamly)

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca