Kembara Refinancing - Dokumen Yang Diperlukan Untuk Refinancing Loan Rumah

Alhamdulillah, selesai sudah saya membaca ebook ini. Memang mudah sebenarnya untuk membuat duit daripada rumah lelong ni. Walaupun saya dah lama berkecimpung dalam jual beli rumah lelong ni, tapi ebook ini sedikit sebanyak dapat memperkemaskan lagi proses untuk menjana wang yang lebih banyak dalam pelaburan hartanah.

Jadi, step pertama yang saya ambil - mempersiapkan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk refinance loan rumah saya. Property yang saya akan gunakan ialah apartment Nuri Court di Pandan Indah.

Kenapa Nuri Court?
Hartanah kedua saya selepas Taman Seri Duyong 2, Melaka
Untuk pengetahuan semua, saya beli rumah Nuri Court secara lelong pada tahun 2010 pada harga 90k, dengan downpayment sebanyak 5%. Setelah saya check dengan beberapa valuer, market price bagi rumah ini dalam sekitar 200k - peningkatan sebanyak 110k!

Apa lagi! Kena selongkar balik fail Nuri Court nih untuk buat salinan Proclaimation of Sale (POS) dan perjanjian penyewaan terkini. Ingat ya, rumah lelong takde S&P. Jadi jangan gatal-gatal nak mintak lawyer buatkan S&P untuk rumah lelong.

Selain daripada tu, saya sediakan salinan IC, penyata gaji selama 3 bulan, penyata KWSP & penyata akaun bank untuk pendapatan pasif. Tak lupa juga, penyata bank untuk loan rumah sekarang. Sebagai bonus, saya sertakan sekali gambar interior rumah tersebut bagi memudahkan process valuation ke atas rumah tersebut. Letakkan penanda pada setiap dokumen untuk memudahkan pegawai bank untuk semak dokumen kita.

Buat beberapa copy untuk dihantar ke beberapa bank

Kesimpulan - saya listkan balik dokumen-dokumen yang diperlukan untuk refinancing loan rumah:
  1. Salinan IC
  2. Salinan penyata gaji 3 bulan
  3. Salinan penyata KWSP
  4. Penyata bank loan rumah sekarang
  5. Penyata akaun bank untuk pendapatan pasif (jika ada)
  6. Salinan POS (untuk rumah lelong)
  7. Salinan perjanjian penyewaan (pastikan di'mati setem'kan)
  8. (Bonus) Gambar interior & exterior rumah
Nantikan kisah kembara saya yang seterusnya!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca