Dulu Nintendo, Sekarang IPRO


Enjoy life, Enjoy IPRO - itulah motto bagi tablet IPRO ini.

Ciri-ciri yang ada pada tablet ini ialah:
  • 1.5GHz CPU
  • 512 DDR3 RAM
  • 4GB Internal storage
  • MicroSD card slot (up to 32GB)
  • Front & rear camera
  • Android 4.0.3
  • Warranty 1 year
Tablet IPRO ni sesuai untuk diberikan sebagai hadiah untuk anak-anak. Tak perlu nak beli tablet yang mahal-mahal atau canggih-canggih sangat. Asalkan ia boleh dipakai, boleh install game dan ada warranty kalau berlaku kerosakan dari segi software.

Harga tablet IPRO ni yang amat berpatutan - hanya RM199 sahaja. Tapi tak sangka pulak tablet IPRO ni memberi kesan yang sangat cepat. Cuba lihat pada gambar di bawah ini.
Reaksi sebelum mendapat tablet IPRO
Reaksi selepas mendapat tablet IPRO
Nak halang sangat anak main game nih tak boleh juga. Yelah, masa zaman saya kecik-kecik dulu, saya nih kaki gamers jugak. Setiap kali pegi ke shopping complex KOMTAR kat JB tu, mesti saya tarik tangan ayah saya untuk ke satu sudut dalam shopping complex tu untuk bermain permainan Nintendo  Kalau tak dapat, saya merengek kat situ jugak. Kesian parents saya.

Akibat daripada tak tahan kena pau, parents saya belikan la permainan Nintendo ni untuk saya. Tak senang duduk dibuatnya!
nintendo
Mesti korang tak pernah main game Nintendo nih.
super mario
Game kegemaran saya - Super Mario
contra
Game Contra - penuh dengan aksi!
Tapi, kita kena la kawal anak-anak kita supaya tidak terlalu absorb sangat dengan gadget-gadget sebegini.  Kena beritahu kepada mereka kesan-kesan kalau terlalu lama sangat bermain game ni.

Kata pepatah - sayang anak, tangan tangankan.

p/s Sekarang saya dah ada game saya sendiri - main beli rumah lelong. Nak tau bagaimana nak berjaya dalam permainan ini, klik la banner bawah nih.

sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca