Graduan Muda, Bas Foh Hup & Honda City

Graduan muda kata perlu beli kereta baru lepas habis belajar. Sistem pengangkutan di Malaysia tak baik. Jadi kereta bukan lagi kehendak, tapi keperluan.

Saya melihat balik pengalaman orang lama. Graduan tahun 80'an dan 90'an. Majoriti cuma menaiki bas sahaja pergi kerja. Bukan sekadar pergi kerja, pergi dating pun naik bas. Malah, wanita sarat mengandung masih gigih naik bas. Bas dulu bukan macam bas sekarang yang siap berhawa dingin. LRT pun tiada. Malah, di KL dulu ada bas mini yang cara bawa dia lebih hebat dari para penghantar pizza Domino's.

Barangkali zaman dan berubah. Zaman bas Foh Hup, bas mini no 37, bas Selangor warna merah lebih efisyen dari zaman bas Rapid KL. Graduan muda zaman dulu tak pandai menuntut turunkan harga kereta macam orang muda zaman sekarang. Iyalah, graduan muda zaman dulu yang dapat 8A dalam SPM nak cari seorang pun susah, zaman sekarang terlalu ramai. Mungkin.

Tiada masalah beli kereta baru terus jika mampu. Dah menyimpan sehingga 30% gaji. Dah beri mak ayah. Dah menyimpan untuk berkahwin. Dah bersedekah dan berzakat. Tapi jika belum buat itu semua dan dah berangan nak beli Honda City lepas habis belajar, itu namanya tersilap ukur saiz baju di badan sendiri.

Dapatkan bab-bab percuma ebook Panduan Cashflow. Panduan urus duit gaji setiap bulan. Sila dapatkan menerusi link www.panduancashflow.com


(sumber: Facebook Pakdi)


Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca