Komen Saya Tentang Ebook Sifu Rumah Lelong

sifu rumah lelong
Alhamdulillah, dah habis dah membaca dan menghadam segala pengisian yang kongsikan oleh bro Shafie Bustan dalam ebook terbarunya, Sifu Rumah Lelong - Bijak Melabur Edisi Rumah Lelong

Apa yang saya dapat kongsikan dengan pembaca semua adalah membeli rumah lelong ini bukannya perkara yang susah seperti apa yang ada pemikiran kebanyakan orang. Antara alasan-alasan mereka adalah:
  1. Kebanyakan rumah lelong mempunyai tahap kerosakan yang tinggi
  2. Proses mendapatkan loan rumah yang susah dan singkat
  3. Mereka takut tiada orang akan menyewa rumah tersebut jika mereka ingin sewakannya
  4. Membeli rumah lelong memerlukan modal yang tinggi
dan alasan-alasan ini berterusan sehingga membataskan peluang luas mereka untuk membuat duit dalam bidang hartanah ini.

Untuk pengetahuan semua, saya telah terjebak dalam bidang pelaburan hartanah pada tahun 2009 dan mula menceburkan diri dalam pelaburan hartanah rumah lelong pada pertengahan bulan 2010 (agak terlambat juga) setelah membaca beberapa blog pelabur hartanah - termasuk bro Shafie Bustan ini. Cara beliau menceritakan pengalaman beliau berkecimpung dalam bidang hartanah ini amat menarik dan membuatkan saya teruja untuk menceburkan diri dalam bidang ini juga.

Tapi dek kerana tidak mempunyai ilmu yang lengkap, maka banyak kesilapan-kesilapan yang telah lakukan dalam pelaburan hartanah saya sebelum ini. Jadi, saya telah berazam untuk memperbetulkan kesilapan saya dan membeli ebook ini pada harga promosi. Nyata pembelian ini tidak mengecewakan saya.

Antara pengisian terperinci yang bro Shafie Bustan kongsikan dalam ebooknya ialah
  • Kenapa rumah lelong menjadi pilihan
  • Kenapa rumah lelong lebih murah
  • Panduan pemilihan lokasi rumah lelong
  • Langkah-langkah membeli rumah lelong
  • Real case study - Untung RM48,000 dalam masa 37 hari
  • Tips mempercepatkan proses loan disbursement
  • Tips untuk lulus pinjaman dan banyak lagi...
Bukan itu saja! Disamping ebook Sifu Rumah Lelong bermuka surat 170 muka surat ini, bro Shafie Bustan memberikan 3 bonus istimewa - 4 real case study rumah lelong miliknya, sampel perjanjian penyewaan dan juga voucher diskaun RM50 untuk Seminar Hartanah anjuran beliau sendiri. Bukan itu sahaja, bro Shafie Bustan akan menjemput semua pembeli ebooknya untuk sertai Facebook groupnya untuk berkongsi lebih banyak panduan berguna dalam pelaburan hartanah rumah lelong. Menarik bukan?!

Apa yang perlu ada pada seseorang yang ingin melabur dalam pelaburan hartanah ialah ilmu dan guru. Dengan adanya sifu rumah lelong seperti bro Shafie Bustan dan juga panduan terperinci seperti yang diberikan dalam ebook Sifu Rumah Lelong ini, insha-Allah, kita takkan lagi tergelincir dalam pelaburan hartanah lelong.

Jadi, apa tunggu lagi! Klik banner di bawah untuk dapatkan ebook ini sekarang!

sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca