Cara Nak Linkkan Akaun Tabung Haji Dengan Maybank2u Melalui ATM


Assalamualaikum semua. Memandangkan Syawal telahpun berakhir, maka ini bermakna musim haji pun akan tiba tak lama lagi. Kepada bakal-bakal jemaah haji, saya mengucapkan tahniah dan selamat menunaikan ibadah haji. Semoga kalian semua mendapat haji yang mabrur.

Kali ini, saya ingin berkongsi kepada kalian semua tentang cara-cara untuk 'link'kan akaun Tabung Haji kita dengan Maybank2u. Dalam entri ini, kita cuma boleh membuat pindahan wang dari akaun Maybank kita ke Tabung Haji sahaja. Jadi, apa faedah yang kita boleh dapat kali ini? Kita boleh:

  • memeriksa jumlah simpanan kita secara 'real-time'. Dah tak perlu lagi untuk ke cawangan Tabung haji dan mengemaskinikan buku akaun Tabung Haji.
  • memindahkan wang kita dari/ke akaun Maybank ke/dari akaun Tabung Haji kita.
  • membuat pendaftaran haji secara online.
Sebenarnya ada 2 cara untuk linkkan akaun Tabung Haji dengan Maybank2u nih. Yang first, boleh suruh teller kat kaunter tu buatkan. Tapi, kalau dah boleh buat sendiri, rasanya pegi kat ATM kat mana-mana stesen Petronas lagi senang kan? Tapi, sebelum tu, cari dulu buku akaun Tabung Haji tu dulu. Walaupun kita ingat nombor akaun Tabung Haji kita, tapi bape ramai ingat nombor siri buku tu?

Cara-cara untuk ‘link’kan akaun Tabung Haji dengan kad Maybank ATM kad melalui ATM:
  1. Masukkan kad Maybank ATM
  2. Pilih "Tabung Haji"
  3. Pilih " Register Tabung Haji account to ATM card"
  4. Masukkan akaun nombor Tabung Haji
  5. Pilih "Yes" untuk ke skrin seterusnya
  6. Masukan nombor siri buku rekod Tabung Haji
  7. Pilih "Yes" untuk
  8. Sistem akan memproses request anda dan resit akan dikeluarkan
Maaf la, tak dapat nak berikan step-by-step screenshots. Kang marah pulak orang belakang kena queue lama.

Selamat mencuba ye!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca