Memilih Kerjaya Semakin Mudah Dengan Sector Focused Career Fair

Teringat masa dulu lepas SPM tahun 1998. Tengah duduk menganggur kat rumah. Dulu-dulu takde career fair macam Sectored Focused Career Fair (SCFC) anjuran Talent Corp ni. Time tu dok bincang dengan mak ayah keje apa yang sesuai bila keluar universiti nanti. Mak ayah saya orang hospital. So kalau boleh, diorang nak la anak dia sorang jadi doktor ke kan. Tapi masa tu perkembangan IT tengah sangat boom. Dengan Multimedia Super Corridor (MSC) & Cyberjaya tengah naik masa tu, so memang senang la nak memilih kerjaya apa nak dipilih.

Sekarang nih dah bermacam-macam kerjaya yang boleh memberikan pendapatan yang lumayan kepada para graduan muda di luar sana. Tapi, betul ke pilihan kerjaya yang kita mahukan itu? Sesuai ke dengan naluri dan minat kita?

sector focused career fair sfcf

Bagi menjawab persoalan tersebut, SFCF di bawah Talent Corp dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia akan mengadakan SPARC Talk pada 5 Oktober 2013 bertempat di Dewan Utama Pelajar, Universiti Sains Malaysia. Seminar ini akan memfokuskan kepada kerjaya yang terdapat dalam bidang sains, penjagaan kesihatan dan sains sosial. 3 panel jemputan akan memberikan penerangan tentang bidang kerjaya yang terdapat dalam 3 bidang yang disebutkan tadi.

Jadi, kepada adik-adik di luar sana - terutama kepada mereka yang masih tercari-cari kareer yang ingin diceburi, datanglah ke Sectored Focused Career Fair (SCFC) anjuran Talent Corp ini. Masuk adalah percuma.

:: Entri ini ditulis sebagai tanda penghargaan kepada Talent Corp untuk membeli ruang iklan di blog ini dalam CPUV Ad Campaign. Terima kasih. ::

sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca