Reaksi Bila Minyak RON95, Diesel Naik 20 Sen

minyak naik 20 sen
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini.

Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.

Menurutnya, ini salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan,

Sehubungan itu, RON95 akan berharga RM2.10 seliter manakala diesel pula RM2.00 seliter.


(sumber berita: Malaysiakini, sumber gambar: Fuh.my)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Komen: Kita dah sedia maklum apa kesan-kesan yang akan berlaku bila harga minyak naik. Semua tokey-tokey kedai akan membuat 'pelarasan harga barang' hari ini - bermula dari harga secawan teh tarik dan sekeping roti canai.

Jadi, apa tindakan kita? Banyak respons yang kita dah baca dalam Facebook dan banyak juga yang kita boleh praktikkan untuk melaraskan balik pengurusan kewangan kita. Ada yang plan nak naik motor dan basikal untuk ke tempat keje, kurangkan makan di luar dan bawak bekal, jimatkan penggunaan elektrik di rumah dan sebagainya

Tapi semuanya akan bertitik tolak dari 3 cara berkesan zaman berzaman, iaitu :
  1. Kurangkan perbelanjaan
  2. Lebihkan simpanan
  3. Banyakkan sumber pendapatan
Amalkan 3 cara ini. Insha-Allah, kita takkan terasa sangat bila 'bala dari kerajaan' datang di masa hadapan.

p/s Marah pun kena ada jugak bila harga naik sebagai tanda protes. Tak salah kan?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca