Kembara Refinancing - Nak Teruskan Atau Tidak?

apply loan rumah, home refinancing, refinancing hartanah
Bersambung lagi kita dalam Kembara Refinancing. Dalam siri Kembara Refinancing yang lepas, saya dah sediakan beberapa copy dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat refinancing. Jadi, saya bertukar menjadi Running Man dan pergi ke bank-bank yang berhampiran dengan tempat kerja saya dan saya singgah ke satu bank foreigner nih.

Berikut adalah perbualan di antara Running Man (saya) dengan pegawai bank tersebut..

"Selamat tengahari encik. Boleh saya bantu?"

"Saya datang nak buat refinancing rumah"

"Oh, sebelum nih buat financing dekat bank mana?"

"Bank C***. Jadi saya nak tau pakej home financing yang ada kat bank ni"

"Oh, refinancing ye. Sebelum tu, saya nak bagitau yang untuk refinancing nih, BNM dah keluarkan rule baru..."

"Rule baru? Yang tempoh pembiayaan tak boleh lebih 35 tahun tu kan?"

"Betul, tapi ni ada tambahan lagi. Kita boleh buatkan refinancing untuk encik tapi cara dia lain sikit."

"Lain macam mana tu?"

"Macam ni, encik nak buat refinancing ikut harga market kan?"

"Ya..."

"Ok, kita akan buat home financing bersamaan dengan jumlah outstanding yang ada sekarang. Then, yang selebihnya (70% from harga market tolak outstanding balance), kita akan letak dalam personal financing..."

"Haaa...biar betul??!"

"Betul encik. Ni rule baru dari BNM..."

"Habis tu, macam mana dengan rate dan tempoh tenure untuk personal loan tu?"

"Rate masih akan ikut macam home financing, cuma tempoh tenure tu maximum 10 tahun macam rule BNM tu..."

"Oh...macam tu ke..."

"Ye encik. Jadi, encik nak teruskan juga ke?"

Soalan - sebagai seorang pelabur, anda rasa saya akan teruskan ke atau tidak?

(sumber gambar: DepositPhotos)

sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca