Lagi Penjelasan Tentang Zakat Simpanan Dalam Tabung Haji

tabung haji
Satu lagi artikel yang saya baca dalam Utusan Online berkenaan tentang zakat wang simpanan dalam Tabung Haji. Artikel ini selari dengan pendapat saya yang lepas yang wang simpanan yang kita simpan dalam Tabung Haji tidak perlu dikenakan zakat pendapatan. Penjelasan tersebut terdapat pada beberapa perenggan yang terakhir dalam artikel tersebut. Harap agar tiada lagi kekeliruan tentang zakat simpanan dalam Tabung Haji ye!

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Status zakat wang simpanan di bank

SAYA pernah terdengar jawapan oleh seorang penceramah, bahawa jika kita menyimpan wang di dalam sebuah bank dan bank itu mengeluarkan zakatnya pada setiap tahun, maka sebagai penyimpan, saya tidak perlu lagi mengeluarkan zakat atas wang yang saya simpan di bank berkenaan. Adakah benar kenyataan berkenaan?

Jawapan:
Terima kasih kerana mengajukan persoalan di atas dan semoga Allah SWT sentiasa memberkahi urusan kita dan menyelamatkan kita di akhirat, atas kesungguhan kita memahami dan melaksanakan tuntutan ibadah zakat, Amin.

Sememangnya benar, timbul persoalan yang agak meluas dalam kalangan umat Islam yang menyimpan wang mereka di dalam akaun di bank (sama ada akaun simpanan atau akaun semasa), iaitu adakah pihak bank telah pun mengeluarkan zakat atas wang simpanan mereka? Dan sekiranya pihak bank telah pun mengeluarkannya sebagai zakat, maka apakah mereka masih lagi perlu mengeluarkannya sebagai zakat?

Demi menjawab persoalan ini, pertama sekali harus kita fahami bahawa fiqh zakat menetapkan: "Tidak ada zakat yang sama atas harta yang sama sebanyak dua kali dalam tahun yang sama."


Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca