Segmen – Saya Mahu Ditegur

"Segmen – Saya Mahu Ditegur" - itulah nama segmen yang sedang dijalankan, hasil cetusan daripada blogger terkenal, bro Eyriqazz.

Alhamdulillah, dengan adanya inisiatif seperti ini, dapatlah saya menaiktarafkan blog saya yang tak berapa kencang trafiknya dibandingkan dengan trafik blog bro Eyriqazz tu. Di samping itu, saya juga ingin menghebahkan akan kewujudan blog saya kepada orang ramai supaya perkongsian yang saya berikan di blog saya dapat memberi manfaat kepada lebih ramai pembaca di luar sana.

Di samping itu, saya juga mengharapkan komen-komen membina dari rakan-rakan blogger dari segi design & layout blog saya yang dah berevolusi sampai sekarang. Konsep design blog saya yang minimal serta mesra pembaca ini diharap dapat membuatkan hati pembaca tertambat untuk terus membaca blog saya ini.

Terima kasih bro sebab adakan segmen ini!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca