Simpanan Tabung Haji Perlu Bayar Zakat?

tabung haji
Ada pembaca blog bertanyakan kepada saya tentang bayaran zakat untuk simpanan Tabung Haji. Pendapat beliau menyatakan bahawa wang zakat yang dikeluarkan oleh Tabung Haji tu merupakan zakat perniagaan, bukannya zakat simpanan kita. Jadi, kita masih perlu membayar zakat simpanan kita.

Saya bukannya mahir tentang zakat ini dan saya telah membuat beberapa pertanyaan dengan rakan-rakan saya di bahagian Shariah bank di tempat saya bekerja. Mereka bersependapat dengan saya yang wang simpanan kita dalam Tabung Haji tidak perlu dikenakan zakat dengan syarat kita mewakilkan kepada pihak Tabung Haji untuk mengeluarkan zakat bagi pihak kita ketika membuka akaun Tabung Haji.

Tambahan lagi, Tabung Haji, dengan keizinan kita, telah menggunakan wang simpanan kita untuk melakukakn segala aktiviti perniagaan dan pelaburan mereka. Wang zakat simpanan kita dikeluarkan daripada dividen yang diperolehi daripada aktiviti-aktiviti tersebut. Walaupun wang zakat tersebut dilihat seperti diambil daripada keuntungan perniagaan (zakat perniagaan), tetapi ia sebenarnya merupakan zakat simpanan kita.

Ia sama saja seperti Tabung Haji memberikan bayaran dividen penuh kepada kita dan kita mengeluarkan sendiri zakat simpanan kita.

dividen asb, dividen tabung haji
Perbandingan antara dividen ASB & Tabung Haji

Saya juga membuat beberapa carian di laman Google dan telah menemui beberapa penulisan berkaitan dengan bayaran zakat untuk simpanan Tabung Haji. Saya linkkan beberapa penulisan tentang zakat wang simpanan Tabung Haji di bawah ni:
  1. Zaharuddin.net - Isu Zakat Wang Simpanan Tabung Haji
  2. e-Fatwa - Pembayaran Zakat Oleh Tabung Haji
  3. Tabung Haji - Soal Jawab Tentang Zakat Wang Simpanan Tabung Haji
Jadi, dengan adanya artikel-artikel yang diberikan di atas, diharap terungkailah segala kekusutan yang timbul dalam pemikiran kita tentang soal bayaran zakat wang simpanan Tabung Haji kita.

(sumber gambar: PerakToday & MercunPadi

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca