Tribute Buat Isteri Tercinta

fateh,muhammad alfateh, muhammad al-fateh
Alhamdulillah, semalam isteri saya telah selamat melahirkan anak kedua kami pada pukul 3:41 petang di Columbia Asia Hospital. Anak sihat ini diberikan nama Muhammad Al-Fateh, bersempena dengan nama seorang khalifah Empayar Islam Uthmaniyyah yang membuka kota Constantinople pada usia 21 tahun. Moga-moga anak ini dapat memiliki keperibadian dan berwibawa seperti tuan punya nama ini, insha-Allah. And for my wife, thank you sayang for this lovely baby. Abang sayang kamu :-x

Apa yang nak dikongsikan di sini adalah pengalaman pertama kali menyambut baby dalam labor room ni. Eh, kata ni anak kedua? Memanglah, tapi masa baby yang pertama tu, isteri bersalin di hospital goverment - lebih terperinci, Hospita Besar Melaka. Tak tau la sama ada ianya satu polisi atau tak, suami atau ahli keluarga tak dibenarkan masuk ke labor room. Tau-tau je, dapat baby dalam keadaan bersih suci. Orang kata, tak thrill la kan? Hehe...

Kami 'check-in' hospital dalam pukul 10 pagi semalam atas arahan doktor yang consult kami - Dr. Nor Shida sebab isteri bagitau yang ada leaking air ketuban pada petang hari Selasa. Selepas tu, isteri saya dimasukkan ke bilik labor room dan dipasang alat untuk mengesan degupan jantung baby & contraction rate (CR). Time tu, bukaan baru 1cm. Bacaan ketika itu - heartbeat (HB) dalam 130-150 dan CR dalam 15-25.

Pada pukul 12 tengahari, isteri telah mengadu sakit dek kerana contraction tu. Jadi, saya pesan kepada isteri supaya tarik nafas dalam-dalam bila time contraction tu berlaku. Actually, midwife yang mula-mula pesan camtu, jadi saya follow je la..hehe. Bacaan CR ketika contraction naik perlahan-lahan hingga 100-120. Rasanya memang sakit la kot - berdasarkan kekuatan genggaman tangan isteri saya ketika tu. Macam nak patah je rasanya...huhu...

Ikut kata midwife - kita boleh tau bila time nak bersalin bila kekerapan contraction tu bertambah. Dalam 10 minit tu, kalau kekerapan tu mencecah 5 kali dan ke atas, alamatnya nak sampai masa la tu.

Situasi ni berterusan selama 4 jam. Bukaan semakin membesar - dari 1 cm ke 6 cm. Kekerapan contraction semakin bertambah. Isteri semakin kerap mengadu kesakitan, terasa mahu meneran. Akhirnya dalam masa 5-10 minit, akhirnya lahirlah baby kami. Gembira tak terkata sambil mulut mengucapkan syukur yang tak terhingga.

Sekarang nih terpaksa menjadi houseband (house + husband) buat sementara waktu. Insha-Allah, maid akan sampai hari Jumaat nih. Harap semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Amin...

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca