10 Entri Popular FaridAdam.com Untuk Bulan September 2013

10 Entri Popular FaridAdam.com

Mengikut jejak langkah Bro DenaiHati dan Bro Eyriqazz, saya juga ingin berkongsi 10 entri popular yang dibaca oleh para pelawat FaridAdam.com. Jadi, bagi mereka yang belum membaca entri-entri, boleh la spend 2-3 minit untuk membaca entri tersebut.

Dari tajuk entri ini pun pasti anda telah tau apa isi kandungannya. Ya, saya telah mereview ebook keluaran Bro Shafie Bustan, otai dalam bidang hartanah. Nak tau apa yang bagusnya tentang ebook ini, sila klik link di atas. Nak tau berkesan atau tidak ebook tersebut, lihat senarai entri seterusnya.
Entri ini adalah sudden effect daripada entri di atas. Kesan daripada membaca ebook tersebut telah membuatkan saya terus bersemangat untuk menambah koleksi simpanan hartanah saya. Maka, langkah pertama yang saya telah ambil ialah dengan menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat home refinancing.
Saya akan membuat entri bersiri atas tajuk 'Kembara Refinancing' berkaitan perkara-perkara yang telah berlaku semasa proses home refinancing ini berjalan.
Entri ini merupakan reaksi spontan apabila kerajaan Malaysia telah mengurangkan subsidi (atau kata lain - menaikkan harga) minyak RON95 dan minyak diesel sebanyak 20 sen. Tak perlu marah-marah. Minda pelabur sentiasa memikirkan apa yang perlu dilakukan selepas ini.
Entri ini pula merupakan komen dari saudara Suzardi Maulan (nama glamer: PakDi) berkenaan dengan situasi para graduan sekarang yang menjadikan kereta baru sebagai keperluan hidup dibandingkan dengan para graduan dahulu yang tidak kisah untuk menaiki pengangkutan awam sebagai kenderaan untuk ke tempat kerja.
Entri ini dibuat atas dasar untuk berkongsi maklumat dengan para pembaca tentang cara-cara untuk mengetahui jumlah simpanan Tabung Haji melalui Maybank2u. Tetapi sebelum entri ini boleh dilakukan, entri nombor 3 di bawah hendaklah dilakukan terlebih dahulu :-)
Entri ini merupakan cara lama untuk menambahkan pelaburan dalam Tabung Haji menerusi pemindahan wang secara online dengan cara membuat 'bill payment' kepada Tabung Haji.
Entri ini khas untuk isteri saya yang tercinta kerana telah melahirkan seorang putera yang comel dan tak banyak karenah. Senang mak ayah nak jaga tiap-tiap hari.
Sebelum entri nombor 6 boleh dilakukan, entri ini perlu didahulukan. Langkah-langkahnya sangatlah mudah. Tak sampai seminit pun. Tetapi make sure buku Tabung Haji dibawa bersama ketika hendah membuat linking nanti ye! 
Langkah ini juga boleh dilakukan untuk pemegang akaun Bank Islam dan Bank Rakyat.
Actually entri ini sudah lama dikeluarkan - bulan Januari tahun 2011. Mungkin kerana minyak dah naik 20 sen, maka ramai yang ingin men'downgrade'kan kenderaan mereka???

1. Running Man Episod 164
Bagi peminat-peminat setia Running Man, entri-entri seperti ini pasti sentiasa dinanti-nantikan setiap minggu. 
Tetapi memandangkan pihak KShowNow telah memblok akses untuk melihat video streaming dari laman selain daripada laman-laman yang dibenarkan oleh mereka, maka saya hanya akan memberikan link video tersebut dalam entri-entri akan datang. Tidak ada lagi video streaming dari blog saya... (Mode: sedih...)

Kesimpulan:
  1. Kebanyakan entri di atas duduk dalam page pertama dalam carian Google eg. cuba buat carian "tambah simpanan tabung haji melalui maybank2u"
  2. Entri yang berkaitan minat orang ramai selalu mendapat pilihan tertinggi eg. entri Running Man
  3. Lagi lama entri tu berada di internet, semakin tinggi ranking entri tersebut eg. entri iklan kereta kancil saya adalah salah satu entri result yang tidak diambil dari laman iklan seperti Mudah.my, Lelong.my dan Majalah.com (di page result ke-2)
sumber gambar: CoActiveConnections.Net

sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca