Bajet 2014 Mesra Hartanah

#bajet2014, bajet2014
Kerajaan telah menguwar-uwarkan bahawa Bajet 2014 ini akan memberi lebih tumpuan kepada pembangunan kediaman mampu milik menerusi projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Ini merupakan satu berita baik bagi seluruh rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang bekerja di bandar-bandar besar seperti di Lembah Kelang yang masih belum memiliki rumah.

Pihak kerajaan menerusi Syarikan Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan bertindak sebagai pihak pemaju untuk menyediakan kediaman yang dijanjikan.

Siapa yang tak suka melihat janji-janji yang diberikan oleh kerajaan ini:-
  • Rumah banglo berharga RM250,000
  • Rumah kembar dua berharga RM100,000
  • Rumah teres berharga RM80,000
Sama-sama kita tunggu dan lihat di mana projek-projek ini akan didirikan nanti dalam pembentangan Bajet 2014 pada 25 Oktober 2013 nanti .

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 25 Oktober ini merupakan bajet mesra rakyat yang memberi tumpuan ke atas pembangunan kediaman mampu milik dan infrastruktur.

Pembangunan infrastruktur akan melibatkan pembinaan jalan, bekalan air dan elektrik terutamanya di kawasan yang kurang mendapat kemudahan tersebut seperti di Sabah dan Sarawak.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pihaknya sedang mendorong Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membina lebih banyak Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

Katanya, beliau juga mahu Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) bertindak sebagai menjadi pemaju kepada rumah idaman rakyat.

Jelasnya, kerajaan mahu SPNB menjadi pemaju rumah mampu milik berskala besar untuk rakyat, membina banglo dengan harga jualan kira-kira RM250,000, selain rumah berkembar dua dan rumah teres, masing-masing berharga RM100,000 dan RM80,000.
"Kalau dulu, SPNB hanya membina model sama iaitu yang berharga RM65,000, RM55,000 dan RM45,OOO serta mempunyai tiga bilik.


"Kerajaan membina rumah begini supaya dapat memberi subsidi sebanyak RM20,000 untuk rumah RM65,000 dan RM15,000 kepada rumah lain kepada golongan yang tidak berkemampuan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Simposium Zakat Perniagaan Nasional 2013 anjuran Institut Akauntan Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional di sini hari ini.

Ahmad Husni berkata, SPNB dipilih untuk melaksanakan pembinaan rumah tersebut kerana mereka dapat menawarkan harga yang lebih rendah berbanding harga dari pemaju sektor swasta.

Terdahulu, Ahmad Husni berucap, simposium tersebut membuktikan inisiatif yang semakin meningkat dalam usaha menyelaraskan amalan perniagaan moden yang berlandaskan prinsip Islam.

"Kerajaan membuat beberapa peruntukan untuk zakat individu, termasuk perakuan ke atas keseluruhan jumlah yang dibayar sebagai rebat cukai.

"Bagi zakat perniagaan, kerajaan mencadangkan zakat ke atas pendapatan perniagaan yang dibayar oleh syarikat, boleh ditolak cukai dalam pengiraan cukai pendapatan korporat, tidak melebihi 2.5 peratus daripada pendapatan agregat," jelasnya.

Simposium sehari tersebut bertujuan meningkatkan standard piawaian perakaunan dan amalan pelaporan untuk semua pemegang kepentingan dalam ekosistem zakat.


sumber berita: Utusan
sumber gambar: HooToh.my

sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca