Bila Owner Rumah Lama Menggila..

Betul la macam orang kata. Deal dengan mesin lebih senang daripada deal dengan manusia. Kalau dah geram sangat dengan mesin, boleh jugak kita sepak-sepak mesin tu. Teringat masa troubleshooting komputer yang keep rebooting dulu. Habis kemek casing CPU tu.

Tapi, dengan manusia kita tak boleh sepak sesuka hati. Mau kena saman pulak dengan orang tu. Kita kena layan mereka dengan lemah lembut. Kita kan orang Malaysia yang penuh dengan adab ketimuran dan sopan santun.

Tapi untuk kes owner rumah lama yang dah kena lelong nih, saya tak tau la dia orang mana. Saya tak boleh labelkan dia dengan orang negara lain kerana saya tau yang orang negara lain pun ada adab dan sopan santunnya.

Adat la bagi pelabur hartanah. Kita akan berjumpa dengan bermacam-macam jenis orang bila kita dah beli rumah secara lelong - sama ada orang tersebut adalah owner rumah lama ataupun penyewa rumah kita.

Bagi bro AbangEnsem, jika dia bersemuka dengan spesis manusia seperti ini semasa sessi site visit rumah lelong, dia akan mengambil keputusan untuk mengabaikan rumah tersebut. Mungkin dia ingin menjaga imej 'babyface'nya itu.

Tetapi bagi saya, jika saya berada di situasi sama dengan owner baru dalam video tersebut, saya juga akan berunding dengan cara baik. Beri tempoh 3 bulan untuk owner rumah lama untuk keluar dari rumah kita. Saya juga akan suggestkan rumah-rumah sewa yang berdekatan untuk mereka berpindah. Jika tidak berkesan, saya akan ambil langkah untuk memotong bekalan air & elektrik rumah tersebut agar mereka akan keluar lebih cepat dari rumah tersebut. Jika masih berdegil lagi, saya akan ambil langkah terakhir - ambil tindakan undang-undang. 



sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca