Kembara Refinancing - Apa Cerita Sekarang?

Assalamualaikum semua. Hampir 2 minggu lebih cerita Kembara Refinancing nih menyepi. Apa update terkini tentang refinancing apartment Nuri Court hari tu? Yelah, penat lelah dok menapak dari satu bank ke satu bank yang lain. Alih-alih diam aje?

Ya, memang tidak dapat dinafikan. Sejak peraturan cash out yang BNM keluarkan baru-baru ni, memang ada down sikit semangat untuk buat refinancing rumah tu. Walaupun saya dapat apply refinancing daripada bank-bank yang belum apply rule baru tersebut, tetapi bila dengar cerita pasal RPGT dalam #Bajet2014 yang lepas, terus saya tukar plan saya - daripada refinancing kepada resale.

Jadi, sementara nak tunggu bank-bank untuk proses permohonan tu, saya buat la satu posting dekat FB family group saya untuk menjual apartment tersebut - just in case kot-kot kalau ada yang nak beli. Harga pun saya letak harga-harga family je. Alhamdulillah, jangkaan saya tepat sekali.

home refinancing, refinancing rumah,

Ada sepupu saya yang akan bernikah akhir bulan Disember ini dan dia tertarik dengan offer saya. Jadi, saya akan plan dengan dia macam mana dia boleh beli rumah tersebut dengan tidak perlu keluarkan modal yang banyak. Malah, dia boleh dapat duit lagi daripada pembelian tersebut (anggap la tu hadiah perkahwinannya dari saya...hehe)

Jadi, tunggu episod Kembara Refinancing (atau Kembara Resale kot...) yang akan datang...

sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca