Kenapa Status Glitterati Bertukar Ke Non Glitterati

Assalamualaikum semua. Hari Isnin lepas saya kaget sekejap bila status Nuffnang bertukar dari Glitterati ke Non Glitterati. Bagai hilang punca sekejap memikirkan kenapa jadi macam tu. Memang saya ada buat changes sikit dekat setting Blogger tu dengan memasang iklan Google Adsense. Bila dah bertukar status ke Non Glitterati, terus buang balik iklan Google Adsense tu.

Rupa-rupanya bukan sebab Google Adsense tu, tapi sebenarnya saya telah linkkan akaun Nuffnang saya dengan satu blog baru saya - CompuShack.Com.My. Saya rasa, kalau kita ada blog baru untuk dipasangkan iklan Nuffnang ni, kena biarkan blog kita tu ada traffik yang masuk dulu. Dah agak stabil sikit, baru la dipasangkan iklan Nuffnang ni.

CompuShack

Jadi, bersempena dengan pembukaan blogshop saya ni, saya nak menjemput kawan-kawan serta pengunjung setia blog FaridAdam.com untuk meninjau-ninjau blog shop saya. Disamping membantu saya untuk menaikkan traffik ke blogshop saya, mana la tau, kot-kot ada yang menawan di hati. Buat permulaan ini, saya meletakkan beberapa item dahulu buat tatapan anda, tetapi saya akan menambahkan item lagi dari semasa ke semasa. Anda juga boleh memberikan komen yang membina tentang blogshop tersebut (kot-kot ada yang berkenan di hati...huhu)

Saya juga ingin meng'offer' kepada owner-owner blogshop di luar sana untuk meletakkan iklan mereka - sama ada di blog FaridAdam.com ataupun di CompuShack.com.my. Pakej menarik disediakan untuk anda!

sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca