Kisah Abu Dan Harley Davidson

Perkongsian seloka di pagi Selasa. Mode mengantuk sebab rutin tidur tak berapa betul sejak kebelakangan ini.

Abu ialah seorang pekerja biasa yang tinggal di Seremban dan bekerja di Kuala Lumpur, Jadi, rutin sehariannya ialah memandu kereta kancil buruknya ke tempat kerja dengan menggunakan highway PLUS sebagai jalan utamanya.

Suatu hari, sedang Abu memandu dalam perjalanan pulang dari kerja di highway PLUS tersebut, ada seorang mamat menunggang Harley Davidson dengan ekzos besarnya memecut dari belakang dan menunggang bersebelahan dengan pintu kereta kancilnya. Mamat tersebut meminta Abu untuk menurunkan cermin keretanya lalu bertanya,

"Ko ada Harley Davidson ke?"

Abu tak endahkan pertanyaan mamat tu, lalu terus memecut pergi dari situ dengan perasaan bengang. Tapi mamat Harley Davidson tu terus mengejarnya. Apabila sampai di tepi pintu keretanya, mamat tu bertanya soalan yang sama kepada Abu.

"Ko ada Harley Davidson ke tak??"

Abu semakin bengang dengan mamat tu. Dia rasa terhina dengan pertanyaan tersebut. Dah la datang tiba-tiba. Mentang-mentang dia hanya ada kereta kancil, sanggup mamat tu bertanyakan soalan tersebut padanya. Kali ni, dia memperlahankan keretanya dan membiarkan mamat Harley Davidson tu memecut laju ke depan.

Tiba-tiba, dia ternampak mamat Harley Davidson tadi terjatuh, rebah di tepi highway. Dengan rasa perikemanusiaan, dia berhentikan keretanya untuk menolong mamat tu. Tetapi Abu tersentak mendengar ayat pertama yang keluar daripada mulut mamat tersebut,

"Ko ada Harley Davidson ke tak??"

"Kenapa dengan ko nih?? Tengah sakit-sakit macam nih pun sempat lagi nak sakitkan hati orang?!"

"Takde...kalau ko ada Harley Davidson, aku nak tanya kat mana brek Harley Davidson ni...ni motor member aku punya, aku pinjam..."



Moral of the story - jangan suka salah sangka kat orang ye...

sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca