Mendaftar Perniagaan Dengan SSM

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, Farid Adam Enterprise telah selamat didaftarkan di bawah SSM. Saya ambil langkah ini untuk memulakan bisnes online saya yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Insha-Allah, dengan daftarnya Farid Adam Enterprise ini, ia akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat buat saya untuk berjaya dalam bisnes online ni. Jadi tunggulah kemunculannya ye!

Saya telah pergi ke pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di UTC Puduraya untuk membuat pendaftaran perniagaan saya. Maklumlah, pejabat tersebut dekat dengan tempat kerja saya. Jadi, waktu lunch time boleh la lari sekejap ke sana. Saya ingatkan tak ramai orang yang tengah menunggu giliran. Tapi sangkaan saya meleset. Tambahan lagi cuma 2 kaunter daripada 6 kaunter yang dibuka. Jadi, harapan untuk menghabiskan proses pendaftaran dalam masa 15 minit tidak kesampaian.

Mendaftar Perniagaan Dengan SSM di UTC Puduraya
Lama juga nak menunggu ni...

Mendaftar Perniagaan Dengan SSM di UTC Puduraya
Suasana dalam pejabat SSM UTC Puduraya

Susah ke nak daftar perniagaan ni? Takde la susah sangat. Insha-Allah, dengan panduan yang saya berikan ni, lebih mudah untuk anda semua untuk mendaftar perniagaan anda.

Langkah-langkahnya:
  1. Download borang pendaftaran perniagaan (Borang A) dari laman web SSM dan isikan butiran-butiran yang diperlukan (yang bertanda *) dalam borang tersebut. Lakukan langkah ini sebelum pergi mendaftar untuk menjimatkan masa
  2. Sediakan duit pendaftaran.
    • RM40 untuk nama perniagaan yang menggunakan nama sendiri (eg. Ali Bin Abu)
    • RM70 untuk nama perniagaan yang lain (eg. Farid Adam Enterprise)
  3. Pergi ke pejabat SSM yang berdekatan
  4. Ambil nombor giliran. Sampai giliran, serahkan borang, kad pengenalan dan duit pendaftaran.
  5. Tunggu dalam lebih kurang 10-15 minit.
  6. Nama anda akan dipanggil untuk ambil dokumen perakuan pendaftaran. Selesai...

sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca