Menghargai Sebelum Dihargai

air mata ibu

Tazkirah ringkas untuk hari ini. Seorang ibu tua sedang duduk di satu sudut kaki lima sambil menjual kerepek pisang. Sambil menjual tu, kelihatan dia mengesat air mata yang mengalir di pipinya.

Bila ditanya mengapa makcik menangis, lalu makcik ini bercerita:

"Makcik ni ada ramai anak. 5 orang semuanya. Semuanya keje besau2 dan dah ada keluarga. Tapi makcik kesal sebab semua dah lupa kat makcik. Semuanya dah tak hargai makcik sebagai seorang ibu."

"Tapi makcik tak salahkan mereka...Makcik pun ada silap juga..."

"Silap makcik ialah bila makcik tak menghargai arwah pakcik masa dia ada dulu. Makcik sibuk bekerja, mencari rezeki di luar tapi makcik abaikan keperluan dia. Makcik tinggikan suara makcik bila bertengkar. Makcik tak endahkan nasihat dia..." sambil mengesat air mata yang mengalir.

"Ini mungkin balasan Allah terhadap makcik atas apa yang makcik dah buat kepada arwah makcik. Itulah yang paling makcik kesalkan sekarang..."

Moral cerita ini - sentiasa hargai orang lain jika kita mahu dihargai. Wang ringgit tidak akan menjamin kebahagiaan. Hanya kasih sayang yang boleh mengikat hati perasaan sesama manusia. What you give is what you get.

- Sent from Blogger Mobile -

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca