Kembara Refinancing - Menunggu Letter Offer Daripada Bank

refinancing, home refinancing, refinancing rumah
Terima kasih atas komen balas yang telah diberikan di laman Facebook. Walaupun saya tidak dapat respons dari sifu-sifu saya - bro AE & bro Pie - tetapi dapat komen dari rakan-rakan lain pun, saya dah cukup gembira.

Kita sebagai pelabur tidak boleh tergopoh-gapah dalam membuat keputusan. Kalau bank A kata kena servis cash out money menggunakan personal loan, jangan terus terima sahaja. Kita kena terus bertanya dan bertanya lagi. Perlu diingatkan bahawa banker tersebut juga mempunyai rakan-rakan mereka di bank lain. Jadi mereka mungkin ada informasi yang boleh membantu kita.

Memandangkan peraturan pinjaman perumahan dihadkan kepada 35 tahun ini baru sahaja diperkenalkan, maka belum semua bank yang telah menguatkuasakan peraturan ini. Jadi, banker tersebut telah memberi suggestion kepada saya untuk pergi ke Bank R atau Bank H untuk bertanyakan tentang ini.

Jadi, keesokan harinya, saya terus pergi ke kedua-dua bank tersebut dan menyatakan hasrat untuk membuat refinancing. Saya juga bertanyakan adakah peraturan baru itu telah dilaksanakan di bank tersebut. Jawapan yang saya terima adalah positif untuk saya - mereka belum lagi melaksanakan peraturan tersebut. Maka saya terus bertanyakan tentang pakej refinancing yang mereka ada - rate BFR yang dikenakan, tentang lockout period, tentang daily rest interest dan sebagainya. Setelah saya mendengar semua penjelasan yang diberikan, saya terus memohon. Walaupun saya tidak mendapat rate BFR yang saya mahukan, tetapi ianya lebih baik daripada bank yang telah melaksanakan peraturan baru tu.

Sekarang, saya menunggu letter offer dari kedua-dua bank tersebut. Harap-harap ada la berita gembira untuk saya!

sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca