Mr. Bean Masuk Islam - Penerimaan Dunia Islam Dan Zionis Yahudi Yang Berbeza

Kisah mengenai Mr. Bean, atau nama sebenarnya Rowan Atkinson, memeluk Islam telah tersebar luas dalam Facebook. Ramai yang memberi komen yang positif dengan mengucapkan rasa syukur atas berita tersebut. Saya layari sumber berita tersebut - IslamPos.com - untuk mengetahui kesahihannya.

mr. bean masuk islam, mr. bean converted to islam
Petikan dari laman IslamPos.com

Tetapi saya tidak begitu nak percaya akan berita tersebut. Even suratkhabar Sinar Harian juga mengeluarkan cerita yang sama, yang memetik berita dari IslamPos.com. Saya teruskan mencari sumber yang lain yang sahih.

mr. bean masuk islam, mr. bean converted to islam
Petikan dari laman berita SinarHarian.com

Sehinggalah saya menemui satu laman blog yang dimiliki oleh Zionis Israel - IsraellyCool.com. Pemilik laman ini telah menyelidik dahulu kesahihan cerita ini untuk menidakkan cerita tentang Mr. Bean memeluk Islam.

mr. bean masuk islam, mr. bean converted to islam
Entri IsraellyCool.com pada 30/09/2013

mr. bean masuk islam, mr. bean converted to islam
Entri IsraellyCool.com pada 02/09/2013
Saya berfikir - kenapa orang Islam - khususnya kita orang Melayu - mudah sangat untuk percaya berita-berita yang belum pasti lagi kesahihannya? Kalau Zionis Israel pun boleh selidik dulu khabar-khabar angin seperti ini, mengapa tidak kita??

Memang betul hidayah itu boleh datang kepada sesiapa sahaja yang Allah mahu. Tetapi buat masa sekarang, dah ada kenyataan rasmi dari pihak Mr. Bean yang beliau tidak memeluk Islam buat masa ini

Apa yang saya lihat ialah orang Islam mudah sangat ditipu dan diperdaya apabila datangnya berita-berita yang belum tentu sah kesahihannya. Even cerita-cerita politik di dalam negara kita sendiri pun, kita boleh nampak terdapat 2 pihak yang berlainan memberikan pandangan dalam sesuatu isu.

Islam telah mengajar kita dalam surah Al-Hujraat ayat 6
Sumber gambar: Jabatan Perdana Menteri Malaysia
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
Jadi, pesanan saya buat rakan-rakan semua - sebarkan entri ini kepada rakan-rakan yang dah terpedaya dengan cerita ini dan peringatkanlah mereka agar mereka selidiki dahulu cerita-cerita atau khabar-khabar angin yang sampai kepada mereka. Saya tidak mahu orang lain, terutamanya golongan Zionis Israel seperti IsraellyCool ini mentertawakan kita dari jauh.

sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca