Pergi Haji Dengan Hanya RM6 Sehari!

pergi haji,kos mengerjakan haji
Memandangkan sekarang merupakan musim jemaah haji menunaikan fardhu haji ke Mekah, sudah tentu kita juga telah memasang niat untuk pergi menunaikan haji juga.

Berapa kos haji buat masa sekarang?

Saya layari laman web Tabung Haji dan di situ ada menyatakan kos untuk menunaikan fardhu haji. Berikut adalah butir-butir tentang kos menunaikan haji.

JENIS JEMAAHKOS HAJI (RM)TANGGUNGAN
KOS HAJI (RM)
BAYARAN HAJI (RM)
    MUASSASAH
    - warganegara belum tunai hajiRM15,555RM5,575RM  9,980
    - warganegara telah tunai hajiRM15,555TiadaRM15,555
* Tidak tertakluk kepada sebarang perubahan semasa. Harap maklum.
Jadi, untuk bakal jemaah haji yang baru pertama kali hendak pergi menunaikan haji, mereka hanya perlu menyimpan sebanyak RM 9,980 (digenapkan menjadi RM 10,000).

Banyak ke nak simpan RM 10,000 tu?

Kalau kita tengok pada angka RM 10,000 tu, memang la terasa banyak sangat. Dah rasa-rasa macam tak mampu je nak pegi kan?

Jangan macam tu. Kalau kita takut nak tengok angka tu, kita pecah-pecahkan dia menjadi amaun yang lebih kecil. Tapi sebelum tu kita aim dulu bila kita nak pergi menunaikan haji. Katakan la kita plan nak pergi haji dalam 5 tahun dari sekarang. Jom, kita buat kira-kira sikit.
RM 10000 / 5 tahun = RM 2000 setahun

RM 2000 / 12 bulan = RM 166.67 sebulan
(kita genapkan menjadi RM 170 sebulan)

RM 170 / 30 hari = RM 5.70 sehari
(kita genapkan menjadi RM 6 sehari)
* ni cuma kira-kira kasar ye. tak termasuk dividen tahunan, bonus tahunan majikan etc.
Nah, dengan menyimpan RM 6 sehari, kita sudah mampu pergi menunaikan fardhu haji dalam masa 5 tahun.

Tiada alasan seperti "duit tak cukup", "duit tak ada" dan sebagainya (saya pantang betul kalau ada orang bagi alasan "tak sampai seru").

Kalau kita boleh beli rokok harga RM 10 sehari, takkan simpan RM 6 sehari pun tak boleh kan? (nota: saya merokok ye...)

Kalau kita boleh menyimpan duit untuk melancong ke Langkawi, Vietnam ataupun ke Korea, takkan untuk 'melancong' ke Makkah pun tak boleh?

Ramai orang Islam - tua ataupun muda - sentiasa bertangguh untuk melambat-lambatkan menunaikan haji. Ada yang terfikir bahawa biarlah 'puas hidup' dahulu, buat apa-apa kehendak hati kemudian naik haji, kata mereka, semuanya dosa akan terhakis dan terhapus, kerana balik haji dapat haji mabrur, semua dosa terhakis, kembali seumpama bayi dalam keadaan fitrah! Inilah kesilapan di kalangan orang Melayu, khususnya kerana jahil ilmu.

Menceritakan Hilal bin Abdullah, hamba merdeka Rabi’ah bin ‘Amru Ibni Muslim al-Bahiliu, menceritakan hadith kepadanya oleh Abu Ishak al-Hamdiyu hadith dari Harith, hadith daripada Ali (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (S.A.W):
‘Man malaka zadan wa-rahilatan tubalighuhu ila baitillahi walam yahujja fala ‘alaihi an yamutu yahudiyan wa-nasraniyan wa-zalika annallaha yaqulu fi kitabihi ‘Walillahi alannasi hijjul baiti manistota’a ilaihi sabila.’

 Barangsiapa diberi kekuasaan (yakni, kesempatan dan bekalan) dan kenderaan untuk mengerjakannya (haji) ke Baitullah dan tidak mengerjakannya maka tiada baginya (Islam) apakala mati dia maka mati dia sebagai seorang Yahudi atau orang Nesrani
[Hadith at-Termidzi, Kitab Haji] 
Demikianlah bahawasanya Allah S.W.T berfirman di dalam al-Quran dalam surah Ali-Imran ayat 97:
‘Dan diwajibkan oleh Allah S.W.T atas manusia menunaikan haji ke Baitullah sekuat mampu mereka mengadakan perjalanan kepadanya’ 
Jadi, jangan tangguh-tangguh lagi! Mulalah menyimpan dari sekarang!

(sumber petikan hadith & ayat al-Quran: Yayasan Ilmu, sumber gambar: AboutIslam)

sifu rumah lelong, jutawan hartanah, pelaburan hartanah

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca